Thursday, July 9, 2009

hari pertama (bab tiga)

This is your room, masuklah

Roy, tuan rumah yang juga merupakan 'housmate Zaid. Sejak hari itu Zaid tak akan pulang ke rumah lagi. Nekad hati tak mahu berpatah balik. Kini Zaid akan duduk serumah dengan Roy. Roy juga bakal menjadi rakan sekerja Zaid. Sejak kecil Zaid tak pernah hidup berjauhan dengan keluarganya. Inilah kali pertama beliau akan menghadapi segala-galanya sendiri. Jangankan masak mee segera, yang paling 'basic' pun beliau tidak reti. Apatah lagi jika benda-benda yang lebih berat. Pasti menjadi masalah untuk Zaid. Namun Zaid terpaksalah menghadapi semua itu. Ini adalah keputusannya. Maka sudah menjadi lumrah, sepatutnya manusia bertanggungjawab dengan setiap keputusannya. Zaid tidak pernah berasa sesal tetapi semakin bersemangat untuk menghadapinya.

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

Sudah seminggu Zaid tinggal di rumah Roy. Pelbagai masalah juga yang timbul. Zaid memang tak tahu langsung asas hidup berdikari. Entah berapa banyak baju Zaid yang berlubang kerana terlebih seterika. Bukan kerana beliau terleka tapi hendak berlatih menggosok baju kononnya. Membasuh pakaian juga menimbulkan masalah kepada Zaid. Kerana tidak pernah menggunakan mesin basuh sendiri, maka Zaid dengan 'selamba badak' menuang sabun mandi pada pakian yang beliau hendak basuh. Roy tak tergamak melihat kebendulan Zaid sehinggakan Roy selalu menegur kelakuan Zaid yang tak senonoh di matanya. Bayangkan pernah Roy meminta Zaid memasak air. Zaid dengan muka tak bersalah pergi ke dapur lalu menuang minyak ke dalam kuali lalu memasukkan air apabila minyak sudah panas! Ketika itu hampir pitam Roy dibuatnya kerana tak pernah di bayangkan orang memasak air menggunakan minyak! Demi pengalaman dan peristiwa yang berlaku, kini Zaid sudah pandai mengurus diri walaupun selalunya Roy jadi pening akibat memperbetul tindak-tanduk Zaid.

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

Esok hari penting untuk Zaid. Beliau akan memulakan tugasnya. Bekerja buat kali pertama dalam hidupnya. Anak muda yang akan berusaha keras untuk menjamin masa hadapan. Zaid dari kecil mengimpikan kerjaya ini hingga membuatkan beliau tidak percaya yang beliau akan mendapat peluang sebegini rupa. Jika nak dibandingkan beliau dan rakan sekerja yang lebih senior, sudah tentu Zaid terlalu jauh lebih mentah dan 'sayur'. Perasaan Zaid sekarang sangat gelisah serba-serbi. Kelakuan beliau tidak kena . Selalunya jika memakai baju secara terbalik itu sudah terbiasa. Namun agak janggal jika seluar dipakai terbalik secara 'inside out'. Tidur Zaid tak lena kerana setiap 10 saaat pasti beliau akan berkalih. peluh kadang-kadang menitis dan kering sendiri. setelah puas berkalih akhirnya Zaid berjaya mendapatkan tidurnya walaupun tinggal beberapa jam lagi untuk ke pejabat.

Tamat bab tiga

Tuesday, July 7, 2009

kerjalah anak muda (bab dua)

Setelah berhempas pulas di universiti, akhirnya tamat juga pengajian Zaid. Zaman perit dah berakhir. Lama juga Zaid duduk di rumah setelah tamat pengajian. Bukan kerana tak dapat kerja, tapi Zaid beralasan nak menenangkan fikiran. Sebenarnya bukan sahaja duduk di rumah. Tapi sudah habis keliling Mlaysia beliau jelajahi. Memang sudah menjadi tabiat Zaid. Pantang ada masa terluang tambahan pula kelapangan seperti ketika ini. Datin June memang sayang sangat pada anak tunggalnya itu. Berbeza pula dengan Datuk Zakaria yang juga sayang pada Zaid, namun tidak pula beliau tonjolkan sikap itu apabila cuma seperti bapa-bapa yang lain dengan berlagak 'cool' dan lebih santai. Kadang-kadang 'busy body' juga dengan perihal anaknya. Nasib Zaid agak bertuah kerana tidak seperti anak-anak yang lain kerana mereka pasti dileteri jika bergoyang kaki seperti Zaid. Untung dapat ibu bapa seperti Datuk Zakaria dan Datin June.

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *


Posmen tiba awal pagi lagi. membawa mungkin khabaran yang baik. Namun semuanya masih lagi misteri kerana isinya terkandung dalam bungkusan kecil yang masih rahsia itu. Nama penerima yang tertera adalah untuk Zaid. datin June membiarkan sahaja surat itu di atas meja untuk Zaid buka. Sudah menjadi kebiasaan di dalam keluarga itu bahawa setiap hak peribadi mestilah dihormati. Walaupun Zaid adalah satu-satunya anak mereka. Namun hal peribadi tidak pernah dicerobohi. Kali ini tak pasti pula mengapa Datuk Zakaria terasa berdebar-debar. seolah-olah sesuatu bakal melanda. Tidak pasti pula samada besar atau kecil. Lambat pula Zaid turun untuk bersarapan pagi itu. Menu untuk Sarapan pagi itu adalah makanan kegemaran Zaid. Kuih Seri Muka buatan Datin June. pernah Zaid merengek pada tengah kedinginan malam hari jeana tak dapat menikmati kuih kegemarannya itu. bukan kerana ibunya tak sediakan untuknya, tapi kerana kuantitinya terlalu sedikit. Dan agak keterlaluan ketika itu Zaid sudahpun berada di tingkatan tiga. Jadi demi meastikan kejadian seperti itu tidak beruang, Datin June sentiasa buat kuih kesukaan Zaid itu dalam kuantiti yang banyak. mungkin jika Datin June hendak mengadakan kenduri pun jumlahnya mencukupi.

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

Selamat pagi..!!

Ucap Zaid ringkas. Tersentak Datin June dari lamunannya mengimbau kembali kenangan lalu. Dihulurkan 'kuih Zaid' untuk santapannya pagi itu. Kemudian dihulurkan pula surat kepunyaan Zaid. Sesuap kuih dimulakan untuk memuaskan hati Zaid. Kemudian perlahan-lahan Zaid buka sampul surat yang sejak tadi menjadi tanda tanya semua isi penghuni rumah itu. Bola mata Zaid membesar, degupan jantung Zaid berdegup pantas. Nasib baik beliau berjaya mengawal peluhnya kerana jika tidak pasti rugi beliau mandi seketika tadi. Senyuman terukir di bibir Zaid menandakan beliau menerima berita gembira. Lantas dihulurkan pula surat itu kepada Datuk zakaria akibat Zaid tidak mampu lagi berkata-kata melainkan hanya senyum dan terus senyum. Sebaik Datuk Zakaria membaca surat untuk Zaid itu reaksi belaiu bertentangan pula dengan Zaid. Bola matanya mengecil, degupan jantungnya seolah-olah berhenti, peluh pula memang pasti mencurah-curah. Sudah tentu bagi Datuk Zakaria berita yang diterimanya bukan berita yang mengembirakan. Terasa pedih dalam dada lantas terhambur dari mulutnya,

KELUAR!!

Tamat bab dua

Tuesday, June 30, 2009

permulaan cerita (bab satu)

Latar belakang tahun 1998. Pada zaman persekolahan tingkatan 5. Pada tahun inilah Zaid akan berhadapan perperangan yang dianggap besar baginya. Persediaan untuk meninggalkan zaman persekolahan sebelum melangkah keluar menghadapi cabaran yang lebih besar lagi. Ketika ini Zaid mempunyai seorang yang dianggap sebagai perangsang buat dirinya, Suziela namanya. setiap hari Zaid dan suziela mengulangkaji bersama. Tak macam pasangan lain yang suka melepak, berpoyo-poyo, dating ataupun belendir. Zaid ada wawasan, sama seperti Suziela. Malahan Suziela memang suka orang yang ada wawasan, tambah-tambah pula si Zaid. Suatu hari Zaid cuba untuk membuat sesuatu yang agak drastik apabila cuba untuk 'propose' Suziela. Memang dah lama Zaid nak buat tetapi Zaid mana berani. hari-hari menghadap buku sahaja. Lagipon Zaid nampk keras diluar tapi hati lembut macam nasi.

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

Alangkah gembiranya pemuda tampan benama Zaid apabila Suziela tdak menolak 'propose' Zaid. pada masa yang sama juga tidak menerimanya. kiranya kat tengah-tengah la. mamat macam ni memanglah gembira sebab dia bukan faham andai Suziela guna bahasa halus untuk reject Zaid. Suziela cuma pesan SPM mesti buat baik punya.

Suziela sudi tak jadi sumber inspirasi Zaid? Zaid janji buat yang baik punya

Dengan mata yang bersinar Zaid juga ayat-ayat cintanya yang berbaur poyo tu. Suziela membalas cuma dengan senyuman tetapi sudah cukup untuk membuat Zaid melompat kegirangan.

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

Keputusan SPM dah keluar! Gilalah kepala hotak calon-calon spm 1998. Agak-agak boleh dapat ke tidak pangkat satu ni. Kalau tak jangan pagkat 3 sudah. Zaid sampai di sekolah awal sangat-sangat. Sebelum pejabat buka Zaid sudah tiba. memang semangat si Zaid ni. Manakan tidak, bukankah Suziela jadi sumber inspirasi mamat ni. Macam ada cadangan pula nak kawin dengan Suziela.

Cop-cop. Jangan nak berangan untuk Zaid.

Sekarang detik yang penting untuk semua calon SPM yang sedang dalam debaran seolah-olah tengah berlari 100m pecut. Tak tahu siapa yang akan menang, siapa yang akan tersungkur. Zaid gembira kerana akhirnya dapat pangkat satu. Berjaya juga Zaid setelah berinspirasikan Suziela hanya untuk SPM, tidak lebih dari itu.

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

Whoosh!! berlalu sebuah kerta mewah di sebelah Zaid. Terperanjat dengan kejadian itu namun Zaid tak peduli lagi. Tumpuannya sekarang adalah untuk memberi penghargaan kepada Suziela. Zaid hairan tiba-tiba suasana sekeliling jadi sunyi. Padahal tadi punyalah gegak gempita. Lalu Zaid pun berpaling ke belakang untuk kali terakhir dalam hidupnya. Beliau tidak lagi berganjak dari keputusannya. Keputusan untuk sendiri atau dalam bahasa yang lebih mudah mengekalkan status 'single' kerana rupa-rupanya semua mata tertumpu kepada Suziela yang keluar dari kereta mewah tadi bersama seorang lelaki yang kelihatan lebih berusia daripadanya. Suziela tampak lain. Lebih jelita dan segak namun terserlah akan sifatnya yang mula berjinak-jinak menjadi liar. Zaid mula menjauhi perempuan.

Tamat bab satu

definisi perkataan...

mendefinisikan perkataan booduck babsale (budak babsel) setelah di 'publish' buat kali pertama dalam post yang pertama. sebenarnya perkataan babsale adalah satu perkataan baru zaman milenium yang direka dan kabur asal-usulnya kerana tiada tarikh tepat untuk menunjukkan masa ianya direka. perkataan ini mula di popularkan oleh segelintir pelajar sebuah institusi pengajian tinggi swasta dan mungkin telah berkembang secara sedikit populasinya. maksud perkataan ini adalah sebenarnya bagi menggantikan perkataan carut-marut serta maki-hamun yang selalu kita dengar dan agak kasar di telinga kita. perkataan babsale ini adalah satu 'carutan' yang paling halus dan sopan sekali. apabila perkataan booduck (budak) di tambah di awal perkataan babsale ini bermaksud seseorang yang tidak teratur hidupnya, agak kucar kacir dan perlukan perhatian. biasanya budak babsale tidak akan menyusahkan orang lain sebaliknya dalam dunianya sendiri di mana beliau akan cuba berhadapan dengan konflik yang ada dalam dirinya.

nota pengarang ; maaf episod satu agak lambat di siarkan kerana masalah teknikal.

Friday, June 12, 2009

percubaan pertama

sebelum ini mungkin aku menulis untuk satu isu khas dan tentang peristiwa lampau untuk menjadi kenangan sejenak. namun kali ini aku menulis pula untuk 'special project' yang aku siapkan dalam tempoh sebulan. ini juga percubaan pertama aku menulis sebuah cerita panjang yang aku dapat ilham mungkin dari pengamatan aku dan pengalaman aku di atas muka bumi ini. harapnya kisah di sini tidak timbul kontroversi hanya mengharapkan publisiti. terbitan setiap bab dalam cerita ini adalah seminggu sekali demi untuk menimbulkan rasa suspen kepada pembaca. sebagai pengenalan dahulu. jumpa lagi pada minggu yang akan datang dalam bab pertama siri booduck babsale (sebutannya budak babsel). sekian.