Thursday, July 9, 2009

hari pertama (bab tiga)

This is your room, masuklah

Roy, tuan rumah yang juga merupakan 'housmate Zaid. Sejak hari itu Zaid tak akan pulang ke rumah lagi. Nekad hati tak mahu berpatah balik. Kini Zaid akan duduk serumah dengan Roy. Roy juga bakal menjadi rakan sekerja Zaid. Sejak kecil Zaid tak pernah hidup berjauhan dengan keluarganya. Inilah kali pertama beliau akan menghadapi segala-galanya sendiri. Jangankan masak mee segera, yang paling 'basic' pun beliau tidak reti. Apatah lagi jika benda-benda yang lebih berat. Pasti menjadi masalah untuk Zaid. Namun Zaid terpaksalah menghadapi semua itu. Ini adalah keputusannya. Maka sudah menjadi lumrah, sepatutnya manusia bertanggungjawab dengan setiap keputusannya. Zaid tidak pernah berasa sesal tetapi semakin bersemangat untuk menghadapinya.

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

Sudah seminggu Zaid tinggal di rumah Roy. Pelbagai masalah juga yang timbul. Zaid memang tak tahu langsung asas hidup berdikari. Entah berapa banyak baju Zaid yang berlubang kerana terlebih seterika. Bukan kerana beliau terleka tapi hendak berlatih menggosok baju kononnya. Membasuh pakaian juga menimbulkan masalah kepada Zaid. Kerana tidak pernah menggunakan mesin basuh sendiri, maka Zaid dengan 'selamba badak' menuang sabun mandi pada pakian yang beliau hendak basuh. Roy tak tergamak melihat kebendulan Zaid sehinggakan Roy selalu menegur kelakuan Zaid yang tak senonoh di matanya. Bayangkan pernah Roy meminta Zaid memasak air. Zaid dengan muka tak bersalah pergi ke dapur lalu menuang minyak ke dalam kuali lalu memasukkan air apabila minyak sudah panas! Ketika itu hampir pitam Roy dibuatnya kerana tak pernah di bayangkan orang memasak air menggunakan minyak! Demi pengalaman dan peristiwa yang berlaku, kini Zaid sudah pandai mengurus diri walaupun selalunya Roy jadi pening akibat memperbetul tindak-tanduk Zaid.

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

Esok hari penting untuk Zaid. Beliau akan memulakan tugasnya. Bekerja buat kali pertama dalam hidupnya. Anak muda yang akan berusaha keras untuk menjamin masa hadapan. Zaid dari kecil mengimpikan kerjaya ini hingga membuatkan beliau tidak percaya yang beliau akan mendapat peluang sebegini rupa. Jika nak dibandingkan beliau dan rakan sekerja yang lebih senior, sudah tentu Zaid terlalu jauh lebih mentah dan 'sayur'. Perasaan Zaid sekarang sangat gelisah serba-serbi. Kelakuan beliau tidak kena . Selalunya jika memakai baju secara terbalik itu sudah terbiasa. Namun agak janggal jika seluar dipakai terbalik secara 'inside out'. Tidur Zaid tak lena kerana setiap 10 saaat pasti beliau akan berkalih. peluh kadang-kadang menitis dan kering sendiri. setelah puas berkalih akhirnya Zaid berjaya mendapatkan tidurnya walaupun tinggal beberapa jam lagi untuk ke pejabat.

Tamat bab tiga

3 comments:

  1. wahhhh....jln cite bab 3 ni besh woo...especially bab si zaid tu masak air....hahaha....adik org yg darjah 1 tu pun pandai masak air...ni yg besar gedabak pon still x pandai masak air...ishhhhhh2x...x sbr nak tgu chapt 4 nih...cepat la sikit publish..

    * pakcik nini*

    ReplyDelete
  2. bab empat minggu depan publish.. kata itu kota... kota itu janji...

    ReplyDelete
  3. janji itu mesti di tepati...

    ~ nenek nini~

    ReplyDelete