Tuesday, December 8, 2009

perpisahan (bab lapan)

Habis rumah bersepah aku kerjakan. Hati aku memberontak. Seolah-olah ada sesuatu minta dilepaskan. Aku tak tahu mengapa aku bersikap begini kebelakangan ini. Aku jadi panas baran tak menetu. Sejak Hakim datang ke rumah, segalanya jadi tak menentu. Perasaan aku mula menjadi kacau. Aku rasa perasaan cemburu mula menyelubungi aku. Aku tidak tahu sejak bila ini semua terjadi. Antara sedar atau tidak setiap hari aku tempuhi dengan penuh payah sekali. Memikul bersama perasaan yang aku tidak mengerti akan kehadirannya dalam diri aku. aku tidak peduli lagi jika Athirah terkejut melihat rumah yang tunggang -langgang aku kerjakan. Hari ini biarlah masa menyaksikan pergaduhan kami yang paling dahsyat hari ini. Aku menanti Athirah pulang.


* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

I'm home!!

Terkejut aku dibuatnya. Ku sangkakan Athirah yang pulang. Rupa-rupanya Kay yang membuat kejutan. Rasanya Kay masih di dalam tempoh percutiannya. Mengapa begitu awal dia pulang. aku seperti dalam dilema. Tak tahu samada mahu aku ceritakan masalah aku atau tidak.

Ada masalah?

Seperti biasa, memang aku tak boleh menyimpan isi hati aku daripada Kay. Pasti dia dapat membacanya juga. Alang-alang diketahui olehnya, lebih baik aku berterus-terang. Memang aku punya masalah sekarang. dan mungkin Kay boleh membantu aku menyelesaikannya.

Aku tahu kau ada masalah. Sebab tu aku pulang

Aku seakan malu untuk bercerita kepada Kay. Meluahkan isi hati aku kepada lelaki lain terasa janggal sekali. Bukan ini asalnya diri aku. Aku lelaki berkeyakinan, mempunyai semangat serta ego yang tinggi, amat mustahil untuk bersikap sebegini.

Kay, aku rasa aku mula menyayangi Athirah.

Pengakuan aku ikhlas. Aku tak tahu dari mana datang kekuatan untuk aku berterus-terang sebegini kepada Kay. Dia Dewa Cinta. Sepatutnya dia arif akan hal-hal begini. Segala macam kejanggalan aku ketepikan demi menyelesaikan dilema yang aku hadapi sekarang.


* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

Persimpangan ini yang buat aku benar-benar dalam dilema. Samada memilih Athirah yang pada mulanya aku benci hngga mahu aku ceraikan dan Nazira, perawan anggun yang aku burui. Nasib baik cuma ada 2 pilihan. Maka tidaklah terlalu berserabut aku dibuatnya. Aku harap Kay ada penyelesaian untuk masalah ini.

Kau benar-benar pasti dengan kenyataan kau?

Aku hampir pasti sepenuhnya. Kali ini aku percaya kepada kata hatiku. Aku mula menyayangi Athirah sedangkan Nazira hampir dapat aku miliki. Bolehkah aku memiliki kedua mereka?

Pilihan hanya satu. Bukankah aku sudah pesan kepada kau awal-awal lagi?

Ketika aku dilanda dilema pandai pula Kay memberi nasihat. Aku pinta penyelesaian. Mengapa Kay tidak boleh memberi aku satu jawapan yang pasti.

Mengapa kau tidak boleh buat pilihan kau sendiri. Inilah tugas kau sebagai lelaki. Kau mesti bertanggungjawab.

Aku terdiam terkaku. Sepatutnya aku sedar sejak dari mula lagi. Aku terlalu ingin berseronok hingga aku mula lupa siapa aku sebenarnya. Aku tidak sepatutnya bermain permainan ini. Mungkin sudah tiba masa aku menjadi sedikit dewasa dan bersedia memikul tanggungjawab sebagai suami. dan ketika aku hampir pasti membuat pilihan...

Tinggalkan Athirah. Kau bukan untuknya.

Bagai halilintar membelah Bumi, Kay menyatakan sesuatu yang benar-benar buat aku mula berasa sengsara. Di mataku terbayang hari-hari mendatang tanpa Athirah di sisi.


* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

Kini hidupku terasa kosong. Aku sudah berpisah dengan Athirah bukan kerana paksaan tetapi atas kewarasan aku ketika itu. Tetapi hari ini aku bagai tidak waras lagi. Walaupun aku bisa meneruskan kehidupan aku seperti biasa tetapi aku seolah tidak mampu menguruskan diriku. Setiap malam aku bermimpi Athirah dan aku melalui kehidupan gmbira yang tak pernah kami lalui dalam alam nyata. Kay sudah lama meninggalkan aku sejak hari itu. Mungkin marah barangkali. Atau memang tugas dia memisahkan aku dan Athirah? Aku tak pasti. Sekarang aku sedih. Aku bingung. Aku keliru. Aku marah. Segala macam perasaan bercampur ketika ini.

Tamat bab lapan

Sunday, December 6, 2009

masih mencari (bab tujuh)

Hari-hari aku tengok Athirah bersiap bagai nak rak. Cantik dari kebiasaannya. Bukan kerana selama ini Athirah tak pandai bersiap. Tapi berbeza sangat sekarang ni. Aku seakan suka melihat Athirah cantik. Cuma aku tak pasti apa tujuan Athirah bersiap-siap. Untuk siapa aku tak pernah tanya. Kay memang 'cuti' seminggu. aku tiada tempat untuk mengadu. Hanya memendam perasaan sahaja kebelakangan ini. Sejak Hakim datang ke rumah Athirah sudah berubah. Bertambah ceria dan kelihatan semakin berseri-seri. Hari ini Athirah keluar awal. Seperti hari itu Athirah keluar tanpa memberitahu aku. Mungkin sudah terbiasa dengan sikap aku yang tak pernah ambil tahu. Silap aku juga.


* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

Awak free hari ini?

Aku cuba memancing Nazira keluar. Mungkin rasa reda sedikit dalam hati aku nanti. Dapat aku lupakan masalah dirumah. Tapi bukan aku cuba mencari masalah di luar. Makan luar? Bukan niat aku untuk menduakan Athirah sebegitu rupa. Aku masih tau batas-batas aku sebagai suami.

Datang ambil saya di salon jam 2

Bagus. Pucuk dicita ulam mendatang. Aku memang berharap untuk keluar dengan Nazira hari ini. Kali ini aku pula yang akan merencana perjalan kami. Aku tak mahu lagi melepak di kedai mamak yang tak ada klas. Yang pasti aku akan bawa Nazira ke tempat yang istimewa.


* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *


Aduh bagaimana aku boleh lambat? Gara-gara terlalu banyak berangan aku tertidur. Sekarang sudah jam 2.15. Nazira pasti naik angin. Berjanji tapi tidak aku tepati. Ini kali kedua aku keluar dengan Nazira. Tetapi aku sudah mula buat perangai. Sudah lumrah aku lelaki. Memang liat untuk menepati janji, terutama kepada perempuan. Harap Nazira 'sporting' orangnya.

Awak lambat lagi ke? Waktu rehat saya dah nak habis.

Aku terpaksa berbohong. Kononnya aku hampir tiba. Sedangkan aku baru separuh perjalanan ke salon Nazira. Jika Nazira tahu aku menipu kali ini entah bagaimana pula nanti aku hendak meneruskan hubungan kami? Aku terpaksa mencari helah.


* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

Kenapa tangan awak berbalut?

Helah lama. Aku terpaksa mengunakan taktik filem P.Ramlee. Kononnya aku di timpa kemalangan di rumah tadi. Aku hampir pasti helah aku berkesan.

Cuai sangat ni. Mari saya tengokkan.

Akhirnya aku berjaya memerangkap Nazira dalam permainan aku. Dewa Cinta memang tak perlu. Walau seribu tahun Kay tiada di sini aku masih mampu bermain cinta dengan sesiapapun. Aku memang dilahirkan sebagai juara memikat. Seni memikat? Aku tak pernah belajar semua itu. Aku ada bakat semulajadi. Tak perlu aku pelajari apa-apa tentang seni memikat.

Saya tak sengaja terpotong jari. Ingat nak masak tengah hari tadi.

Aku terus berbohong. Aku seakan selesa pula menjadi seorang penipu. Nazira hanya menumpukan pada tangan aku yang masih berbalut. Seakan aku cedera parah pula. Lagi bertambah risau si Nazira dengan lakonan aku. Aku berjaya.


* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

Kerana aku 'cedera' hari ini Nazira sanggup mengambil cuti. Destinasi kami hari ini adalah untuk bermain 'ice skating'. Aku seakan anak manja yang merengek meinta itu ini dari Nazira tadi. Bukankah aku pesakit yang perlu diberi perhatian? Aku tak merancang semua ini. seperti yang aku katakan tadi. Bakat semulajadi.

Awak kenal perempuan tu?

Nazira tiba-tiba menunjukkan aku kepada sepasang lelaki dan perempuan yang sedang berjalan di hadapan kami. Aku seakan kenal mereka.

Athirah!!!

Aku menjerit di dalam hati. Nazira dan Hakim keluar bersama? Ini di luar jangkaan aku. Aku di duakan ketika aku menduakan. Ini lebih rumit. Hati aku kembali membara. Pelan aku jadi kelam-kabut. Aku bagai hilang arah seketika.

Maaf, saya mahu pulang.

Nazira terkedu tetapi hanya membiarkan aku berlalu.

Tamat bab tujuh

Sunday, November 15, 2009

mainan perasaan (bab enam)

Mengapa kau tolong aku?

Aku bertanya pada Kay. Hari ini aku sedikit lapang. Cuma tengah hari nanti aku perlu balik makan tengah hari bersama Athirah. Kononnya hari ini dia menyediakan masakan kegemaran aku. Kesempatan ini aku gunakan untuk keluar kerana kepala aku berserabut betul semalam. Kay pula memang tiada kerja lain selain menjadi agen pencari jodoh. Entah berapa pula gaji yang diterima untuk kerja sebegitu.

Kerja ni mana ada gaji Danial.

Sekali lagi salah guna kuasa berlaku. Aku tidak meminta Kay membaca fikiranku sebaliknya menjawab soalan aku. Seperti tiada apa yang boleh aku sembunyikan daripada pengetahuan Kay. Susah begini.

Kau yang minta tolong. Aku cuma mahu menunaikan tanggungjawab aku. Percayalah jika kau bertindak sendirian memikat Nazira pasti kau takkan dapat memlikinya.

Ceh. Begitu yakin dia nerkata begitu. Entah bila masa pula aku meminta pertolongannya. Selama ini aku tidak pernah punya masalah mendapatkan perempuan. Mengapa pula kali ini? Dunia belum mahu kiamatkan? Lagipun aku memang tidak pernah dengar Dewa Cinta benar-benar wujud!

Kau silap Danial.


* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *


Aku silap? Bagaimana aku boleh silap jika sekalipun Kay tidak pernah membuktikan dia benar-benar boleh menemukan cinta sesama manusia. Selama ini aku cuma menganggap segala yang terjadi adalah kebetulan semata-mata. Aku mahu menguji Kay.

Jika benar kau Dewa Cinta, aku mahu kau pisahkan pasangan kekasih itu.

Selama ini tugas Dewa Cinta menyatukan cinta, tapi kali ini aku mahu dia buat sebaliknya pula. Aku lihat wajah Kay berkerut. Pasti kepalanya pening memikirkan permintaan aku yang bercanggahan dengan tugasnya.

Kau mahu yang itu? Baiklah.

Kay memetika jarinya. Seraya itu pasangan kekasih yang dihadapan mata aku tadi bertengkar. Tadi merekalah yang paling mesra bercanda asmara di khalayak umum. Tetapi kali ini mereka bagai musuh yang sudah lama berdendam. Aku terkedu seketika. Ada sedikit rasa kagum di dalam hati. Masakan satu petikan jari sudah memadai untuk membuat pasangan kekasih itu berpisah.

Mengapa kau tak petik jari sahaja supaya aku dan Nazira boleh bersatu.

Aku hairan. Aku dilayan tidak adil sedangkan Kay mampu menyatukan kami.

Kau perlu berusaha. Bukan semua perkara boleh kau dapat hanya dengan memetik jari. Kau perlu tahu seni memikat wanita.

Alasan paling karut pernah aku dengar. Seni memikat wanita? Lebih mudah jika ditabur duit di hadapan mata mereka. Yang kelabu mata pasti mendampingi aku. Tak pernah lagi ada wanita yang menolak jika aku berbuat demikian.

Sekali lagi kau silap.

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

Apa sahaja yang aku katakan pasti silap. Entah kenapa dengan Kay hari ini. Serba-serbi tak kena. Malah aku lihat Kay dari tadi tidak senang duduk.

Danial, kau kena pulang sekarang. Athirah menanti kau di rumah.

Aku seolah-olah terlupa pula janji aku pada Athirah hari ini. Tak tahu pula mengapa aku mengambil berat akan Athirah kebelakangan ini. Apabila aku memikirkan tentang Nazira, Athirah pasti muncul bersama.

Aku takkan ada di sini selama seminggu. Jika ada apa-apa kesulitan kau selesaikan sendiri.

Baguslah begitu. Selama ini kehadiran Kay betul-betul mengganggu rutin harian aku. Seminggu ini dapatlah aku gunakan sepuas-puasnya untuk bersenang-lenang. Mungkin aku boleh meluangkan masa yang lebih dengan Nazira barangkali. Naluri lelakiku mula memasang angan-angan.


* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *


Kereta siapa pula 'parking' menghadang perjalananku. Tidak aku kenalai, malah tidak pernah pula aku nampak kereta ini sebelum ini. Kawan Athirah barangkali. Biarlah aku 'park' di luar sahaja. Sebentar lagi jika kawannya beredar aku alihkan semula kereta ke dalam.

Awak dah balik? Mari saya kenalkan dengan sepupu saya, Hakim.

Sepupu? Lelaki pula tu. Mengapa tidak dimaklumkan kepada aku terlebih dahulu. Masakan sepupu Athirah berani datang di kala aku tiada dirumah? Bukankah Athirah sudah berumahtangga, dengan aku!

Maaf kerana 'park' kereta di situ. Saya tak sangka pula awak nak balik.

Betul-betul kurang asam. Rumah aku. Mengapa pula aku tak boleh pulang ke sini. Berani pula tu menjangkakan supaya aku tidak pulang. Memang terbakar hati aku. Tambah-tambah melihat Athirah sentiasa tersenyum. Bukan main gembira lagi dia.

Marilah masuk. Kita makan lunch sama-sama.

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

Aku tiada selera melihat sepupu Athirah yang asyik menambah lauk kegemaran aku ke dalam pinggannya. Lauk sambal sotong itu adalah masakan kegemaranku. Dimasak khas untuk aku, bukan untuk Hakim!

Sedap sangat Athirah masak. Kalau hari-hari makan di sini pun saya tak kisah.

Tapi aku kisah. Pergilah makan di tempat lain. Bukan di dalam rumah aku. Semakin kecil pula aku lihat si Hakim ni. Nasi di dalam pinggan aku kepal-kepal kerana tiada selera untuk makan. Athirah pula tak habis-habis tersenyum dan kadang-kadang tergelak kecil dipuji oleh Hakim.

Tambah la lagi kalau sedap. Jangan malu-malu Hakim.

Aduh pedihnya di dalam hati aku. Terasa diketepikan pula oleh Athirah. Selama ini aku mengenepikannya. Tetapi hari ini berlainan pula situasinya. Nanti dulu! Mengapa aku perlu berasa sakit begini. Sekejap-sekejap aku jadi tak keruan. Apa yang sedang terjadi pada diriku? Adakah aku......cemburu?
Tamat bab enam

Friday, November 13, 2009

jalan yang berbeza (bab lima)

Nazira ajak aku makan kat warung mamak je? Dia memang sengaja atau memang tak tahu aku tak pernah makan di tempat seperti ini. Kali pertama memang kekok. Aku pula dah 'dress up' hebat demi pertemuan ini. Bau peluh mamak yang masam membuat aku kadang-kadang loya tekak. Tapi aku tengok Nazira selamba saja memesan makanan yang aku tengok seperti tak dimasak dengan sempurna. Alih-alih aku hanya memesan minuman. Terpaksa aku berbohong pada Nazira. Kononnya aku sarapan berat pagi tadi. Makanan tak sempat hadam lagi. Dalam diam-diam aku menahan perutku yang mula berkeroncong. Nasib baik wajah Nazira yang cantik itu mengubat sedikit kepedihan menahan rasa laparku ini.


* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

Pertemuan tadi tak seperti yang aku impikan. Mungkin sedikit kejam bagi aku untuk makan disitu. Malam ini aku terpaksa pula membawa Athirah makan malam yang istimewa. Seperti tidak adil bagi aku. Athirah mendapat keistimewaan yang lebih. Sedang temujanji aku dan Nazira hanyalah di kedai mamak. Aku 'target' Nazira tapi sebaliknya Athirah pula yang bertuah. Rasa geram pula di dalam hati.

Jangan lupa bunga untuk Athirah, isteri kau.

Pandai pula si Kay ni menyampuk. Sudahlah hati aku tengah panas membara. Kau sengaja pula nak menambah api yang sedang marak ini.

Aunty bagi bunga ros ni sejambak.

Aku mengalah. Bukan selalu aku beri Athirah bunga ros bahkan memang tak pernah pun. Status isteri tak pernah beri apa-apa kelebihan pada Athirah.

Mau tulis apa?Ini bnga kasi amoi ka?

Tak perlu aunty. Jangan tulis apa-apa.

Sibuk pula makcik tua ni. Cukuplah sekadar aku membeli bunga. Tak perlu kad ucapan yang bagi aku hanya membuang masa.


* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *


Mengapa Kay ikut aku sampai ke sini. Aku tahu apa yang aku lakukan. Tak perlu menyiasat hingga makan malam di sini pun dia perlu ada. Aku hairan bagaimana dia boleh mendapat meja yang berhampiran dengan aku. Di sini meja perlu ditempah awal. Aku bernasib baik kerana aku mendapat tempahan yang terakhir. Tempat eksklusif seperti ini memang menjadi tumpuan.

Tak sangka romantik juga awak ni.

Romantik? Mengapa pula Athirah berkata demikian? Takkan kerana sejambak bunga sudah bisa menjadikan aku seorang yang romantik? Aku buat semua ini kerana di suruh oleh Kay. Athirah menghulurkan sekeping kad pada aku.

'Sayang awak. Maaf kerana selama ini saya mengabaikan awak. Suamimu, Danial'

Bila masa pula aku menulis sedemikian? Entah sejak bila kad itu ada di dalam jambangan bunga yang aku beri pada Athirah. Pasti kerja si Dewa Cinta.


* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *


Hairan. Sekelip mata Kay hilang dari pandangan. Aku mencari dia di segenap pelosok restoran itu. Pandai-pandai dia menyelitkan kad itu tanpa pengetahuan aku. Namun kejadian tadi membuat aku sedikit tersedar. Betapa sebenarnya Athirah mendambakan perhatian seorang suami. Aku treasa seprti aku yang kejam. Selama ini layanan dingin aku terhadapnya memberi impak yang besar kepadanya. Athirah kesunyian. Mungkin kerana ini juga Kay sengaja mengatur aku dan Athirah supaya lebih banyak berkomunikasi.

Apa rancangan kau sebenarnya

Akhirnya Kay muncul setelah menghilangkan diri tadi. Aku perlu penjelasan malam ini juga. Tak perlu lagi berkias. Mengapa selama ini aku memburu Nazira tetapi Athirah yang semakin dekat padaku.

Kau nak tahu? Kau tanya pada diri kau sendiri. Siapa yang benar-benar kau mahukan. Aku bukan penentu segalanya tetapi kau sebenarnya. Aku hanya akan membimbing kau. Kau yang perlu berusaha untuk mendapatkannya.

Kay memang suka meninggalkan aku dengan pelbagai persoalan. Bagi aku penjelasan itu tidak cukup untuk meredakan segala macam pertanyaan demi pertanyaan dalam kepala aku ini.

Tamat bab lima

Saturday, November 7, 2009

antara dua (bab empat)

Sudah seminggu aku mimpi benda yang sama. Nazira, Nazira, Nazira! Entah seperti ada petanda pula. Padahal Athirah tak pernah ketemukan aku dengannya lagi. Mungkin hujung minggu ini aku ada peluang tersebut kerana Athirah mahu mendandan rambut lagi. Entah untuk siapa dia bersiap? Aku tak pernah minta dia 'melawa'. Tambahan pula Athirah jarang keluar rumah. Paling kuat pun dia balik ke rumah orang tuanya. Itupun aku jarang sekali ikut pulang ke rumah orang tuanya. Macam-macam alasan aku beri. Padahal ketika dia di sana, aku pula sedang seronok bersuka-ria dengan rakan-rakanku. Lantaklah, asalkan kami saling tidak menyusahkan antara satu sama lain sudah cukup.

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

Sudah lama juga Kay tidak datang mejenguk aku. Apakah dia sudah putus asa dengan aku? Selama hari ini aku melayan Athirah biasa-biasa sahaja. Mungkin kerana melihat usaha aku yang tidak seberapa membuat dia bosan. aku juga bosan jika Kay mengikut aku ke mana sahaja. Tetapi aku terpaksa menahan sahaja perasaanku selama ini. Demi Nazira.

Sudah tiba waktunya. Jom!

Entah dari mana pula datangnya makhluk ni. Tiba-tiba sahaja muncul dan berkata demikian. Adakah kebolehan Kay hingga dapat mendengar suara hati aku juga.

Aku kan Dewa Cinta.

Sekali lagi kenyataannya membuat aku terkejut. Memang dasar kurang ajar. Apakah Kay tidak boleh menghormati privasi aku walau sedikit pun? Pernah ketika aku mandi Kay tiba-tiba muncul dan menarik tirai. Nak bergurau katanya!

Cepat sikit! Jika tidak kau akan terlepas peluang.

Kemana pula si Dewa Cinta ni nak bawa aku?


* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

Nazira! Tak sangka aku dapat ketemu dengannya hari ini. Betapa gembira hati ini melihat gadis pujaan aku di hadapan mata. Cukup ayu sekali. Rasa ingin sekali aku menerpa lalu merangkul dirinya ketika ini.

Lihat betul-betul Danial. Dengan siapa Nazira berbual.

Siapa pula lelaki itu? Berani dia mendekati Nazira ketika aku belum berkenalan dengannya. Mesra pula tu. Seperti sudah lama berkenalan. Hati aku terbakar. Ini tak boleh jadi. Aku mesti menghalang semua ini.

Sabar Danial. Ada tujuan aku bawa kau ke sini.

Sabar? Apakah aku boleh bersabar jika aku melihat Nazira rapat sebegitu dengan lelaki yang rupanya tidak seberpa pun jika nak dibandingkan dengan aku. Eh, nanti. Mengapa wajah Nazira berkerut? Seperti tidak selesa pula. Berbeza jika sebelumnya penuh tawa riang tetapi tidak pula kali ini.

Sekarang Danial! Sebelum dia bertindak lebih teruk.

Mana boleh aku biarkan lelaki tak guna itu terus mencabul Nazira. Berani dia berbuat demikian. Apa tidakkah lelaki itu tau erti menghormati seorang perempuan.


* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

Awak tak apa-apa?

Nasib baik aku bertindak pantas. Jika tidak pasti Nazira akan diapa-apakan dengan lebih teruk lagi. Kecut juga perut aku tadi kerana lelaki tak guna itu sempat melawan. Namun apakan daya aku lebih gagah. Adat dunia, yang gagah akan menang manakala yang lemah pasti kecundang. Aku berjaya membuktikannya. Memang aku dasar lelaki sejati.

Terima kasih kerana selamatkan saya tadi. Tak sangka dia nak ambil kesempatan terhadap saya.

Tak mengapa. Saya cuma kebetulan lalu disini.

Aku juga berhelah. Takkan aku nak megaku yang aku datang ke sini atas desakan Kay.

Saya seperti pernah nampak awak. Awak pernah ke salon saya?

Oh, saya Danial Kamal. Panggil saja saya Danial.

Aku rasa setakat itu sahaja aku memperkenalkan diri aku. Aku tak mahu memberitahu status aku sebagai suami Athirah. Biarlah masa yang menentukan. Lagipun selama ini tidak pernah aku akui aku suami Athirah. Athirah juga tiada peluang memperkenalkan aku sebagai suaminya kepada semua rakan-rakannya.

Bagaimana saya boleh balas jasa awak? How about lunch?

Bagai orang mengantuk disorong bantal. aku pantas bersetuju dengan pelawaannya itu. Memang aku menantikan peluang seperti ini. Aku hampir percaya kepada si Dewa Cinta.


* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

Hari ini aku berasa amat gembira. Aku semakin hampir dengan apa yang aku mimpikan selama seminggu ini. wahai Nazira kau akan aku miliki jua akhirnya. Nampaknya 'singa' yang pada awalnya begitu garang berjaya juga aku jinakkan. Terima kasih Kay. Kau memang kuasa ajaib.

Kau jangan lupa pada janji kau Danial. Layanan kepada semua perempuan mesti sama rata.

Aku memang ingat pada janjiku itu. Selama tempoh beberapa hari ini aku tidak melayan Athirah dengan kasar. Aku sudah jarang melenting tak tentu hala. Malah aku sanggup makan masakan Athirah. Apa lagi yang perlu aku lakukan?

Selepas kau keluar 'lunch' dengan Nazira, kau mesti bawa Athirah ke 'candle light' dinner.

Memang melampau. Permintaan Kay seperti mempermainkan akju. Tak pernah sekalipun aku bawa Athirah ke tempat sebegitu. Jatuh saham aku nanti. Berat hati aku untuk memenuhi permintaan itu tetapi terpaksa juga aku ikutkan. Demi Nazira.

Kau juga harus memberi Athirah sejambak bunga.

Tamat bab empat

Wednesday, October 21, 2009

ujian pertama. (bab tiga)

Awak nak saya suapkan aiskrim ni? Sedap tau perisa vanila

Tak sangka gadis salon ni dah jadi milik aku. Sekelip mata sahaja aku sudah memilikinya. Siap makan bersuap lagi. Kata-kata Kay memang tidak boleh dipercayai. Dia bukan Dewa Cinta yang mempunyai kuasa ajaib. Sememangnya kejadian malam tadi bukan benar-benar terjadi. Pasti ada 'prop' yang membuatkan dia kelihatan sedemikian rupa. Barangkali ini semua diatur oleh Athirah demi untuk memikat hati aku.

Bangun!!!

Aduh! Sakit kepalaku dipukul dengan bantal. Rupa-rupanya aku bermimpi sebentar tadi. Semuanya seolah-olah benar. Aku seperti betul-betul mendekati gadis salon itu. Kehangatannya terasa bagai aku bukan sedang bermimpi indah. Kay membuat aku bengang. Pagi-pagi lagi sudah datang membuat kacau. Malahan berani pula masuk ke bilik aku. Bagaimana Athirah boleh membenarkan Kay membuat rumah ini seperti rumah sendiri.


* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

Mengapa hari ini suasana sunyi sekali. Di mana Athirah? Selalunya dia sudah bising jika aku bangun lewat begini. Tetapi hari ini berlainan pula dari kebiasaanya.

Jom. Athirah tunggu kau di bandar

Apa pula yag Athirah buat di bandar. Keluar pun tidak beritahu aku dahulu. Biasanya Athirah akan meminta izin dahulu walaupun aku sebenarnya tidak kisah dia hendak pergi ke mana pun. Cuma yang menghairankan aku, apa yang Athirah buat di bandar sehingga perlu menunggu aku untuk mengambilnya di sana.

Hari ini Athirah pergi ke salon untuk mendandan rambut. Dia ada tinggalkan nota di peti ais. Dia sengaja tak mahu kejutkan kau pagi tadi.

Apa? Salon mana pula yang Athirah pergi. Seolah-olah tahu pula aku sedang memburu seorang gadis salon. Adakah Athirah boleh membaca isi hati aku? Mungkin Kay tahu salon yang mana. Menyusahkan aku betul si Athirah ni. Bukan tak boleh balik sendiri. Tak pasal-pasal aku pula yang perlu menjemputnya.


* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

Bagaimana Athirah boleh sengaja pilih salon ini. Aku lihat Kay sudah duduk di atas sofa sambil tersenyum kambing. Kebetulan pula Atirah didandan oleh gadis 'buruanku'. Aku seperti mati akal. Tidak tahu berbuat apa. Terasa seperti mahu menarik Athirah keluar dari salon ini. Aku mahu tunggu di tempat lain. Aku harap Athirah faham apabila aku menunjukkan isyarataku mahu keluar padanya tadi.

Kay, aku mahu ke kafe di seberang sana

Aku rasa Athirah pernah datang ke salon itu. Dia dilayan bagai pelanggan tetap yang selalu berkunjung. Ini tak boleh jadi. Bagaimana aku mahu meneruskan kegiatan aku sekiranya Athirah selalu datang. Hari ini aku sudah masuk ke dalam salon itu tetapi tidak sempat berkenalan dengan gadis itu.

Kau tak faham lagi?

Sibuk pula si Kay. Kepala aku sedang berserabut, tiba-tiba dia pula memberi soalan yang aku memang tak faham. Sudahlah cuaca di luar panas terik. Aku tak kuasa menjawab soalan yang tak penting itu.


* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

Maaf saya biar awak tunggu saya begitu lama.

Memang lama aku tunggu Athirah mendandan rambut di dalam sana. Tetapi rambut Athirah nampak cantik setelah di dandan. Walaubagaimanapun berpeluh juga ketiak aku menungu dia di sini.

Saya memang suka pergi ke salon tu. Nazira memang pandai mendandan

Apa? Adakah Athirah menyebut nama gadis salon itu? Nazira. Nama yang sedap, sepadan dengan pemilik nama tersebut. Nampaknya aku sudah maju setapak dengan mengetahui namanya. Mungkin Athirah tau lebih banyak tentang Nazira. Bolehlah aku 'korek' serba sedikit melalui Athirah. Yang penting aku harus berhati-hati supaya Athirah tidak menghidu niat aku ini.

Lain kali saya akan perkenalkan awak dengannya. Tadi kalau awak tunggu saya di dalam bolehlah awak berbual dengan dia.


* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

Baru aku faham. Buat baik di balas baik. Aku mesti melayan semua perempuan sama rata. Memandangkan hari ini aku sanggup berkorban menunggu Athirah hingga tamat sesi mendandan rambut, maka aku akan dapat berkenalan dengan Nazira. Terpaksalah aku berbaik dengan Athirah selepas ini. Tetapi persoalannya, sampai bila?

Jangan risau. Ini baru ujian yang pertama. Nanti kau akan tahu sampai bila semua ini akan berakhir.

Berakhir? Adakah pengakhirannya adalah apabila aku menceraikan Athirah semata-mata untuk bersama Nazira. Mengapa Kay tidak berterus-terang sahaja sehingga bila. Aku berasa amat payah untuk mendekati perempuan kali ini. Namun memikirkan aku akan memiliki Nazira seperti di dalam mimpi aku pagi tadi, aku sanggup menghadapinya.

Tamat bab tiga

Wednesday, October 14, 2009

misteri menghantui (bab dua)

Argh!! Aku tak percaya wujudnya Dewa Cinta di dalam dunia ni. Bagai hidup dalam dongengan pula. Mustahil dia adalah realiti. Penampilannya biasa sahaja. Dia tidak memakai pakaian berjenama yang mahal harganya. Gaya rambutnya tidak seperti didandan oleh pendandan terkemuka. Cuma wajahnya kelihatan sedikit berseri-seri. Tiada pula aura-aura atau apa-apa yang memukau pada dirinya. Dia sama sahaja seperti aku. Aku pasti dia cuma budak-budak nakal yang cuma mahu mengusik aku.

Mana kamu letak kamera tu?

Aku tidak dapat menahan lagi lantas menyoal si Dewa Cinta. Aku mahu kepastian andai ini adalah sedutan daripada rancangan Bang Bang Boom. Aku tidak mahu menjadi 'bintang realiti segera' gara-gara usikan bodoh mereka.

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

Puas aku desak namun si Dewa Cinta tidak mahu memberi sebarang jawapan. Dia cuma mengekori aku walau ke mana aku pergi. Hairan kerana seolah-olah aku seorang yang nampak akan beliau. Aku memang berasa rimas tapi kutahan perasaan di dalam hati. Aku tidak mahu membuat kecoh di tempat awam.

Sudah. Panggil saja aku Kay. Aku memang Dewa Cinta dan nama panggilan aku adalah Kay.

Kay? Seringkas itu pengenalan kami sepanjang sejam dia mengekori aku. Tapi itu tidak cukup untuk memuaskan hati aku. Aku perlu tahu jawapan untuk segala persoalan di dalam kepala otak aku ni. Bagaimana dia kenal aku dahulu?

Aku tahu banyak yang kau fikirkan sekarang. Tak mengapa. Kemudian nanti kau akan mendapat semua jawapan untuk setiap persoalan kau.

Mendengar sahaja kata-kata Kay membuat aku lega bercampur geram. Mungkinkah dia sebenarnya gay yang hendak memikat aku. Kemudian menyamar sebagai Kay untuk menutup identiti sebenar akan dirinya. Kay aku tinggalkan. Aku mahu pulang!

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

Menghadap wajah Athirah membuat aku hilang selera makan. Semua hidangan yang disediakan nampak macam sedap. Aku keliru kerana perutku sudah berkeroncong sejak tadi lantaran Kay yang mengekori aku sehingga aku tak sempat makan. Tanpa banyak bicara aku makan jua akhirnya kerana selepas makan aku mahu tidur, fikirku. Aku lihat Athirah mengukir senyuman di bibirnya. Mungkin dia gembira kerana aku menjamah makanan yang di masak olehnya. Athirah jika mengukir senyuman memang comel. Tambahan pula matanya yang sepet itu seperti tersorok jika senyumnya sampai ke 'telinga'.

Awak suka tak saya masak hari ini?

Mendengar pertanyaan Athirah membuat aku meluat. Bantut selera aku. Aku tinggalkan meja makan membawa bersama ego aku. Hampir setiap hari dia masak aku tidak sentuh. Hari ini kerana aku menikmati hidangannya buat pertama kali bukan lesen untuk dia bercakap dengan aku. Tak bolehkah Athirah biarkan sahaja aku makan dengan aman?

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

Bagaimana Kay boleh berada di dalam kamar aku? Kali ini lain pula penampilan Kay. Nampak berseri-seri seolah ada cahaya yang memancar di sekeliling tubuhnya. Setahu aku, tidak pernah aku pasang lampu yang terang sebegini rupa di dalam kamar aku. Kay buat aku berpeluh.

Kau takut? Jangan risau kerana kehadiran aku di sini adalah jawapan kepada soalan kau siang tadi. Inilah keistimewaan yang diberikan kepada aku. Aku boleh tolong kau mendapatkan gadis salon yang kau nampak siang tadi. Tetapi aku ada syarat.

Syarat? Lelaki ganjil ini cuba memberi syarat kepada aku pula. Aku Danial Kamal bin Datuk Ridzuan. Aku yang memberi syarat kepada orang lain.

Apa syaratnya?

Aku mengalah kerana aku memang mahu mendampingi gadis itu. Dewa Cinta ini berjaya mencari kelemahan aku. Kalau benar dia adalah Dewa Cinta pasti kata-katanya boleh dipercayai.

Mudah. Kau hanya perlu melayan semua perempuan sama rata. Kau tidak boleh berat sebelah. Tak kira samada isteri kau atau sesiapa sahaja. Jika kau boleh berbuat baik kepada mereka, maka aku akan tunaikan hajat kau. Tetapi jika sebaliknya, aku akan pastikan kau tidak dapat mendekatinya.

Syarat karut! Aku boleh berusaha sendiri untuk mendekati gadis itu. Aku tak perlukan Dewa Cinta. Selagi aku bernafas aku tidak akan berbuat baik kepada Athirah.

Hey, Kay si Dewa Cinta! Kau boleh berambus!

Tamat bab dua

Friday, October 2, 2009

mimpi atau khayalan? (bab satu)

Mengapa aku berkahwin awal? Semua sudah diatur oleh keluargaku sejak aku dilahirkan ke dunia yang fana ini. Demi mengembangkan perniagaan Papa, aku terpaksa akur dengan keputusan mereka. Anak Datuk Sam bukannya cantik sangat. Kadang kala timbul pula rasa sesal kerana tidak membantah permintaan Mama dan Papa. Mentang-mentang dari kecil semua kemahuan aku mereka turuti. Kini aku terpaksa membalas dengan cara ini? Berkahwin dengan anak Datuk Sam yang ukuran tubuhnya umpama seluar potongan lurus. Mustahil wujud rasa cinta, malah jauh sekali simpati di hati aku. Pertama kali aku memandangnya aku terpana kerana Papa sanggup menjodohkan aku dengan orang yang sedemikian rupa. Paling aku tak tahan bila Papa kata bercinta selepas berkahwin lebih indah. Aku tidak percaya semua itu. Paling tidak pun aku berjanji akan menceraikan Athirah apabila masanya sesuai nanti.



* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *


Aku memang kaki 'enjoy' sejak dari dahulu lagi. siapa tak kenal aku, Danial anak jutawan hartanah yang tersohor. Kalau hendak kira berapa banyak perempuan yang mendampingi aku, pasti tidak akan tertahan siapa yang membilangnya. Bermodalkan wajah aku yang kacak iras-iras model pan asia, aku memang digilai. Bukan aku hendak bermegah, tetapi realitinya aku mempunyai pakej lengkap untuk mendekati perempuan. Tak kira yang cantik, yang kaya, yang liar, semua aku sapu. Asalkan mereka dapat menghiburkan aku supaya aku tidak berasa sunyi. Anne adalah gadis yang paling rapat dengan aku kerana beliau sememangnya gatal dan mata duitan. Aku memang suka perempuan begini kerana aku boleh mempergunakan mereka semahu aku. Mereka memang kaki enjoy seperti aku. Akibatnya kini mereka terpaksa menggigit jari melihat aku meninggalkan mereka demi perkahwinan ciptaan orang tuaku.



* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *


Hari ini memang panas tetapi aku masih mahu bersiar-siar sebelum aku diikat kakiku oleh 'isteriku' nanti. Membantu kerja rumah yang remeh-temeh. Aku paling tidak suka dikongkong samada oleh orang tuaku mahupun rakan-rakan. Aku ingin bebas kerana naluri aku sering memberontak dari belenggu hidup. Satu-satunya kongkongan yang aku terpaksa terima adalah perkahwinan ini!


Aduh!! Awak buta?


Adakah aku bermimpi? Umpama bidadari turun dari langit. Dia memang cantik dan yang penting dia 'hot gila'. Biarpun dia melanggar aku dengan keras tadi namun aku tak merasakannya. Aku tak pernah lihat perempuan secantik dia. Gadis itu memasuki sebuah salon di dalam pusat beli belah itu. Ternyata dia bekerja disana. Memang elok sangat sebab kalau dia bekerja disana bolehlah aku datang ke sini selalu. Aku akan cuba memikat dia. Athirah? Aku tak peduli lagi dengan 'isteriku' itu. Aku pasti akan memiliki gadis salon itu.



* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *


Nama kau Danial Kamal Bin Datuk Ridzuan?


Siapa pula mamat ni? Tiba-tiba bertanya nama aku dengan tepat. Aku perasan berberapa hari ini beliau selalu mengekori aku. Cuma aku tidak mengesyaki apa-apa tentang beliau asalkan aku tidak diganggu sudah mencukupi. Tetapi hari ini apabila beliau mendekati aku, aku mula berasa tidak senang. Aku mula bertanya siapa gerangan pemuda kacak itu.

Aku adalah dewa cinta!

Tamat bab satu

Wednesday, September 30, 2009

bab baru

setelah tamat 12 bab booduckbabsale siri satu...
nampaknya siri dua akan dimulakan tak lama lagi...
berkisar tentang kisah budak babsale tetapi watak yang berbeza dan jalan cerita yang juga berbeza...
ada sedikit suntikan fantasi tetapi tidak terlalu fiksyen...
menjanjikan kelainan dan juga cabaran untuk penulis booduckbabsale....
projek khas ini tidak akan terhenti di sini tetapi akan berterusan kerana penulis mencabar diri dan mencari kepuasan dalam menulis...
harap sokongan dari pembaca....

Wednesday, September 16, 2009

perhimpunan terancang (bab akhir)

Berita Utama malam ini

Zaid memulakan edisi malam itu bersama pasangannya yang setia sejak dulu lagi, Lisa. Kini Zaid semakin dikenali. Rating stesen itu juga naik lantaran penonton yang gemar menonton Zaid dan Lisasebagai pembaca berita. Rami yang kata mereka umpama pinang dibelah dua. Ada juga timbul gosip tentang mereka namun penafian demi penafian di buat bagi menjernihkan keadaan supaya tidak menganggu komitmen mereka apada tigas sebenarnya. Pagi tadi Zaid ada menerima emel kiriman daripada rakan-rakan sekolahnya. Majlis perjumpaan semula yang akan berlansung tidak lama lagi dimaklumkan kepada semua pelajar yang mengambil SPM pada 1998. Zaid tiada masalah untuk menghadiri majlis itu cuma.....

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

Terkejut Lisa dengan pelawaan Zaid supaya beliau dapat menemaninya ke majlis perjumpaan semula itu. Oleh kerana Lisa lapang maka beliau tidak keberatan untuk menemani Zaid. Lisa bersetuju dengan pelawaan Zaid. Kini Zaid dan Lisa sudah boleh berbual-bual walaupun kadang-kala sering juga bercakaran. Mereka tidak seperti dulu, tambah-tambah lagi Zaid. Mungkin Zaid sudah semakin 'matang' maka kerana itu juga beliau boleh berkomunikasi dengan kaum hawa. Zaid tidak takut kerana mengajak Lisa ke perjumpaan itu. Kerana itulah gosip selalu bertiup kencang. Lantaran mereka yang selalu kelihatan bersama. Jika di pejabat pasti saja mereka menjadi bahan usikan rakan-rakan sekerja. Tidak sia-sia Ketua Jabatan 'menjodohkan' mereka. Jika tidak pasti 'magic' seperti itu tidak menjadi.

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

Aggun sungguh Lisa mengenakan busana tradisional lengkap berselendang, menyerlahkan kejelitaannya. Zaid sejak tadi terdiam membisu kerana berasa gugup melihat Lisa. Belum pernah beliau melihat Lisa dalam busana sedemikian. Perjalanan selama 30 minit menempuhi kesesakan lalulintas akhirnya menemukan mereka ke destinasi yang mereka tuju. Majlis tersebut bakal bermula tidak lama lagi dan mujur mereka tiba sebelum itu. Ramai juga yang hadir , malah ada yang membawa isteri dan anak kecil mereka. Walaupun ada yang sudah bekeluarga, namun bilangan yang bujang seperti Zaid masih banyak lagi. Mungkin ada yang bakal bertemu jodoh mereka di majlis itu. Zaid yang sejak tadi melayan rakan-rakan lamanya tidak sekalipun meninggalkan Lisa malah Zaid seolah-olah melindungi Lisa agar tidak di ganggu oleh kumbang-kumbang yang lain. Tiba-tiba mata Zaid menangkap wajah seseorang yang dikenalinya, Suziela.

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

Tiada sedetik pun Suziela cuba berenggang dengan Zaid walaupun mamat tu sering mengelakkan minah senget yang pernah memberi tamparan paling hebat dalam hidupnya. Zaid sudah pasti berasa rimas sementara Lisa bagaikan terpinggir dari Zaid, tambah malang Lisa tidak mengenali sesiapa dalam majlis tersebut. Suziela jelas hendak 'berbaik' dengan Zaid tetapi Zaid sejak awal-awal lagi sudah menghidu tindak-tanduk Suziela. Zaid tidak pernah lupa akan apa yang terjadi dahulu hingga mengakibatkan Zaid memusuhi kaum hawa. Namun makin dekat pula minah itu merapati zaid. Jelas sekali Suziela mahu menggoda Zaid. Sejak tadi lagi Zaid berasa loya.

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

Stay away from him

Gertak Suziela keras terhadap Lisa. Suziela mengambil kesempatan kepada Lisa dikala beliau tidak bersama Zaid. Setelah usahanya mendapatkan perhatian Zaid tidak berjaya, maka beliau menggunakan taktik lain pula. Beliau berharap amarannya itu membuahkan hasil. Memang keji apa yang Suziela lakukan anmun beliau tidak peduli asalkan beliau dapat memilikiZaid sudah cukup!

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

Lisa murung sejak di beri amaran oleh Suziela sebentar tadi. Sebenarnya di dalam diam beliau memang ada menyimpan perasaan terhadap Zaid. Tambahan pula keluarga Zaid sudah mengenali Lisa dan mereka melayan Lisa dengan baik. Mungkin kerana tindakan kasar Suziela sebentar tadi membuat beliau tersentak.

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

Bingung campur gementar perasaan Zaid ketika ini. Benarkah apa yang akan beliau lakukan? Berlawan-lawan perasaan Zaid dibuatnya. Lama juga beliau berfikir sebelum sampai kepada keputusan muktamadnya. Gadis itu telah lama beliau kenali. Jika selama ini beliau berasa hidupnya mendatar, tapi kini beliau merasakan hidupnya penuh warna-warni. Tanpa banyak bicara Zaid berlutut di hapan Lisa. Seluruh dewan terkejut dengan tindakan Zaid. Entah bila zaid merancang semua ini. Sambil mengeluarkan sebentuk cincin, Zaid melafazkannya.

Lisa, sudikah awak menerima saya?

Dan seluruh dewan berkilauan dengan lampu kamera dan tepuk sorak terhadap mereka.

Tamat Siri Satu BooduckBabsale

Sunday, September 13, 2009

kejar-kejar (bab dua belas)

Sudah tiga hari Zaid dan rakan-rakan bercuti di kampung Lisa. Tiba masanya untuk pulang menjalankan tugas seperti biasa. Ayah Lisa juga sudah beransur pulih. Maka tidak perlulah Lisa merasa risau lagi memandangkan masih ada adik Lisa untuk menjaga ayahnya. Setelah siap berkemas maka berangkatlah sekumpulan anak muda itu kembali ke kotaraya. Zaid terasa sayu pula untuk meninggalkan desa itu.

Tak mengapa, lain kali awak boleh datang lagi.

Pujuk Lisa. Entah mengapa Zaid berasa senang mendengar kata-kata Lisa. Roy dan Lucy masing-masing sudah duduk di dalam kereta. Seperti biasa peranan mereka bukanlah sebagai pemandu sebaliknya sebagai juruhebah tak rasmi yang bakal mengamatkan suasana.


* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

Zaid mendapat panggilan daripada ibunya sebaik sahaja tiba di ibu kota petang itu. Agak laju pemanduan Zaid memandangkan tidak banyak kenderaan di atas jalanraya.

Kenapa suruh Zaid pulang?

Tanya Zaid kepada ibunya. Zaid berasa amat hairan kerana permintaan ibunya itu amat mendadak. Tambahan pula suara ibunya di hujung talian seperti ada kegusaran yang sedang berlaku. Niat di hati Zaid tidak mahu kembali lagi. Tetapi apakan daya. Di rumah itulah Zaid membesar. Di rumah itulah juga beliau mendapat asuhan dan didikan sehingga beliau memperoleh apa yang beliau miliki kini. Pendek kata rumah itulah juga syurga baginya. Tak salah lagi kerana akan pepatah itu. Petang itu juga Zaid pulang ke rumah orang tuanya.

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

Kepulangan Zaid disambut gembira oleh Datin June walaupun jelas kelihatan ada kerutan kesedihan di wajahnya. Namun semua itu dilupakan seketika lantaran rindu yang menebal di hatinya kepada Zaid. Datuk Zakaria siang-siang lagi sudah keluar. Bukan tidak mahu bersua muka tetapi seperti ada sesuatu yang hendak disembunyikan dari pengetahuan umum. Timbul seribu satu persoalan di dalam kepala Zaid ketika ini. Ada sesuatu yang sedang berlaku dalam rumah besar itu. Semuanya nampak tidak kena. Sebelum ini Datin June tidak pernah bermuram durja sebegini rupa.


* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

Mama dah tak boleh tahan lagi!

Terang Datin June.

Kenapa?

Soal Zaid. Penjelasan Datin June semasa anak beranak itu sedang makan malam membuat Zaid bingung. Putus selera mereka berdua untuk terus menikmati makan malam. Datim June menceritakan tentang kejadian tempoh hari dimana Datuk Zakaria 'katoi' besar menonton rancangan berita secara senyap-senyap di bilik bacaan. Tersenyum Zaid apabila mendengar bahagian pertama kisah itu. ada sedikit kelucuan an namun tiba-tiba dahinya berkerut mendengar bahagian kedua kisah yang baginya lucu seketika tadi. tidak disangka jawapan yang keluar dari mulut Datuk Zakaria. Patutlah selama ini Datin June tidak senang duduk. Tambahan pula Datuk zakaria mengambil langkah untuk berdiam diri. Semakin rumit keadaan apabila Datuk Zakaria berbuat demikian.

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

This is too much!

Zaid bernada kepada ayahnya. Beliau meluahkan kekecewaan berikutan peristiwa yang berlaku itu. Tidak di sangka Datuk Zakaria tergamak bertindak sedemikian rupa. Maka Zaid mengambil keputusan untuk membawa Datin June bersamanya. Malam itu Zaid berkemas.

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

Zaid menuruni anak tangga sambil membawa bagasi bersamanya. Hampir kosong almari pakaian Zaid. Di samping itu juga beliau membawa bersama bagasi ibunya yang awal-awal lagi sudah dimasukkan didalam kereta. Sesudah memeriksa tiada lagi yang perlu dibawa maka Zaid berhajat untuk berlalu pergi. Tiba-tiba Datuk Zakaria bersuara, buat kali pertama sejak krisi rumah tangganya.

Papa tengok kamu! Kamu tak tahu betapa Papa bangga melihat kamu membesar dihadapan mata Papa. Selama ini Papa nampak kamu seolah-olah kamu baru sahaja dilahirkan. Bagi Papa kamu masih anak kecil yang Papa timang-timang. Bagaimana Papa nak melepaskan kamu dengan begitu mudah?

Terlihat di kelopak mata Datuk Zakaria sedikit berkaca. Datin June yang sejak tadi berdiri di sisi Zaid pantas mendapatkan suaminya. Tidak disangka selama ini seuaminya lebih memendam rasa. Terharu Datin June mendengar kata-kata suaminya lantas menitiskan manik-manik mutiara yang selama ini jatuh dek kerana sikapnya yang cemburu buta.


* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

Zaid memandu pulang ke rumah sewanya malam itu. Sekarang Zaid sudah boleh menghela nafas panjang kerana sengketa beliau dan bapanya sudah ditamatkan.

Papa, I'll make u proud of me. Suatu hari nanti Zaid akan pulang menunaikan cita-cita Papa.

Masih terngiang-ngiang kata-kata Zaid sebentar tadi. Harapnya selepas ini tiada lagi permusuhan antara mereka. Esok Zaid akan memulakan tugas seperti biasa. Mentari fajar yang bakal terbit seakan memberi sinar dan kekuatan bagi Zaid. Semangatnya terus membara.

Hampir sampai ke penghujung. Tamat bab dua belas.

Monday, September 7, 2009

bertindak (bab sebelas)

Lisa sudah siap menyediakan sarapan untuk pagi itu. Roy yang nyenyak tidur tersedar setelah terhidu bau makanan. Lisa yang merasa agak lapang pagi itu mengajak Zaid bersiar-siar di sekitar kampung. Maklumlah apabila budak bandar masuk kampung, pasti banyak yang beliau tidak kenal. Maka Lisa dengan murah hati mempelawa Zaid melihat sekitar desa itu. Perkampungan yang cukup menarik untuk Zaid lawati kata Lisa. Tanpa banyak bicara Zaid bersetuju dengan cadangan itu. Beliau cuma mahu bersiap-siar. Mary dan Roy sejak awal-awal lagi bercadang untuk berehat sahaja di rumah.


* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

Matahari sudah mula meninggi. Kerana asyik menikmati pemandangan hingga Zaid dan Lisa tidak terasa masa berlalu beitu pantas. Sebelum pulang ke rumah, LIsa mengajak Zaid singgah di satu warung kegemarannya. Empunya warung sangat ramah di samping menu istimewa, ais jagung yang sangat sedap. Minuman kegemaran Lisa sejak kecil lagi. Sudah lama warung usang itu didirikan, namun pelanggan yang datang tidak pernah berasa tidak selesa malah ramai pula yang datang lantaran keenakan ais jagung buatan empunyanya. Zaid hanya mengikut sahaja permintaan Lisa. tekaknya juga sudah terasa haus akibat penat berjalan-jalan sebentar tadi. Lantas dua mangkuk ais jagung di pesan oleh mereka berdua.


* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

Sedang asyik minum ais jagung yang boleh tahan rasanya, tiba-tiba sekumpulan manusia berpakaian kemas berjalan menuju meja Zaid dan Lisa. Wajah mereka tidak terkenal tetapi pasti mereka juga bukan berasal dari kampung itu.

Assalamualaikum!

Pembuka bicara salah seorang dari kumpulan tersebut. Sejurus itu salah seorang yang lain dari kumpulan mereka pula duduk di meja Zaid manakala yang lain mengerumuninya. Nampak seperti kumpulan kongsi gelap. Setelah puas Zaid berteka-teki di dalam hati, mereka pun memperkenalkan diri dan menerangkan tujuan kedatangan mereka kerana melihat Zaid bingung semacam. Rupa-rupanya mereka menjalankan perniagaan skim cepat kaya.

Eh, bukankah mereka ni 'meniaga' larut malam?

Tanya Zaid di dalam hati. Zaid memang anti pernigaan seperti ini, namun dia memberi peluang mereka menerangkan sehingga ke akhirnya walaupun sebenarnya beliau tidak berminat.


* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

Puas didesak namun Zaid masih tidak berganjak dari keputusannya.

Maaf, saya tidak berminat. Sila beredar dari sini kerana saya ada ais jagung untuk dihabiskan.

Nampaknya kumpulan itu masih tidak mudah berputus asa. Zaid juga terlalu 'lembut' menolak tawaran mereka. Semakin lama Zaid berasa semakin tertekan. Ais jagung pula semakin cair. Jika tidak di habiskan dengan cepat rasa ais jagung bukan lagi satu nikmat. Lisa sejak tadi hanya diam sahaja dan paling tidak pun melemparkan senyuman yang sedikit berbaur tidak ikhlas. Salah seorang ahli kumpulan itu nampaknya tidak dapat menahan kesabaran lagi dan mula mengherdik Zaid. Bukan itu sahaja malah dia juga mahu mempengaruhi pemikiran Zaid dengan memberi bayangan bahawa kerjaya Zaid tidak menjamin masa hadapan. Sejurus mendengar kata-kata yang pedih itu, Zaid 'memuntahkan lahar gunung berapinya' yang sejak tadi terpendam.
Pruuuuttt!!!

Dengan selamba Zaid kentut walaupun bunyinya seperti malu-malu untuk keluar. Terkadang nyaring dan terkadang sangat halus. Habis bertempiaran ahli perniagaan skim cepat kaya yang mengerumuni Zaid. Lisa tidak mampu berbuat apa-apa selain menekup hidungnya. Zaid mengambil kesempatan untuk beredar.

Jom kita pergi dari sini.

Bicara Zaid kepada sambil membayar harga ais jagung mereka berdua. Lisa juga sempat membisikkan sesuatu kepada Zaid.

Bau telur!!

Tamat bab sebelas

Tuesday, September 1, 2009

masa untuk bercuti (bab sepuluh)

Telefon berbunyi di atas meja Lisa. Tanpa berlengah Lisa mendapatkan telefon bimbit beliau beli sejurus mendapatkan tawaran untuk menyambung pelajran suatu masa dahulu.

Hello

Sambut Lisa dengan lembut.


* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

Entah mengapa Zaid menemani Lisa pulang ke kampung halamannya. Jika tidak kerana menuruti arahan Ketua Jabatan pasti beliau sedang bersenang-lenang di rumah. Tambah menghairankan apabila Mary dan Roy turut serta mengikut mereka. Tidak nampak pula kaitan akan kepergian mereka itu. Mungkin sekadar memerhati Zaid dan Lisa. Takut wujud skandal agaknya. Sedangkan Zaid tidak memandang semua itu kerana berpegang teguh kepada prinsip hidupnya. Lisa sejak menerima panggilan daripada adik bongsunya kelihatan muram dan sugul namun cuba menyembunyikannya. Zaid nampak dari riak wajah Lisa cuma tidak mahu masuk campur kerana beliau bukan semulajadi seorang yang penyibuk. Sepanjang perjalanan pulang ke kampung Lisa, cuma Zaid dan Lisa yang tidak bersuara sebaliknya Roy dan Mary memang seperti kebiasaannya membuat suasana Riuh seolah-olah ada lebih sepuluh orang yang sedang berborak, walhal hanyalah mereka berdua yang bising.

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

Akhirnya setelah menempuhi perjalanan yang panjang, tiba juga mereka di rumah Lisa. Tempat Lisa di besarkan. Sebuah perkampungan nelayan yang cukup tenang. Pemandangannya tidaklah berserabut walaupun nampak tidak teratur, lebih berserabut suasana di kotaraya walaupun pada zahirnya seperti semuanya teratur. Lisa sejurus tiba tadi sudah bergegas baik ke rumah sedang yang kain-lain masih mengambil angin sambil meregangkan urat-urat yang tegang di halaman rumah Lisa. Zaid begitu terpegun dengan suasana kampung. Beliau duduk di satu sudut di halaman rumah Lisa. Pertama kali beliau akan bermalam di sebuah tempat yang bernama kampung. Selama ini beliau hanya mengenal apa itu kotaraya. Sungguh berbeza keduanya dimana walaupun serba serbi kurang di desa, namun kesuciannya masih terpelihara.

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

Mary, masuklah! Jemput sekali Zaid dan Roy naik.

Suara Lisa memanggil sekalian yang di bawah naik ke atas. Tetamu harus di layan dengan baik. Lisa kelihatan seolah-olah baru berhenti dari mengalirkan air mata. Ada kesan genangan di kelopak mata Lisa. Sebentar tadi Lisa menangis melihat ayahnya yang terlantar kerana terjatuh di dalam bilik air. Ibu Lisa sudah lama meninggal sejak melahirkan adik Lisa. Maka hanya ayah tempat Lisa bergantung, dan bermanja. Kerana itu Lisa amat risau sekiranya berlaku apa-apa kepada ayahnya. Nasib baik adik bongsu Lisa sudah membawa ayahnya ke klinik. Tambahan pula ayah Lisa juga memanggil tukang urut kampung untuk merawatnya.

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

Sedap betul masakan kampung. Pertama kali Zaid makan ikan keli masak bercili kerana selama ini Zaid tidak pernah makan hidangan itu lantaran beliau tidak pernah belajar makan ikan keli. Hampir 3 kali Zaid menambah nasi walaupun ikan keli itu agak pedas. Roy dan Mary hanya tergamam melihat kegelojohan Zaid malam itu. Tak sangka Lisa pandai memasak. Malam itu juga ayah Lisa baru berselera untuk makan memandangkan Lisa pulang ke rumah dan beliau sememangnya rindu akan masakan Lisa. Sesudah makan Zaid Roy dan ayah Lisa duduk di ruang tamu sambil bersembang manakala Mary sibuk membantu Lisa mengemas dapur. Ayah Lisa walaupun masih terasa sakit namun tetap cuba melayan Zaid dan Roy.

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

Mentari sudah muncul dan Zaid awal-awal pagi lagi sudah bangun. Zaid cuba melakukan senaman tai-chi. Pelik sungguh kerana sebelum ini Zaid tidak pernah melakukannya. Malah lebih pelik apabila Mary tiba-tiba turun danmelakukan tarian sumbang poco-poco. Lisa yang juga bangun awal menyediakan sarapan untuk semua pada pagi itu. Selesai menyediakan meja makan Lisa mengajak Zaid keluar.

Lets go bebeh!

Tamat bab sepuluh

Monday, August 24, 2009

jangan takut (bab sembilan)

Sejak kejadian di lobi tempoh hari, Zaid sudah memberi ruang dan layanan yang yang agak baik namun tidak keterlaluan. Namun beliau tiada niat untuk berdamai dengan spesis yang berlainan jantina dengannya walaupun dengan Lisa. Cuma Zaid punya sedikit simpati melihat Lisa yang perlu dilindungi kerana sifatnya yang lemah dan naif. Ego Zaid masih tinggi lagi. Masakan tidak, sejak zaman persekolahan hingga sekarang Zaid masih belum membuka hatinya kepada golongan bernama perempuan. Kalau hendak diikutkan Lisa bukanlah hodoh malah boleh dikatakan hampir sempurna. Kulit putih mulus dengan tinggi lampai lagi. Tak hairanlah jika Lisa selalu menerima surat misteri di dalam lacinya.


* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

Terasa geli pula kaki Zaid. Lantas beliau mengibas-ngibas seluar bekain licin yang ditempah khas untuk ke pejabat sempena kerjayanya itu. Seketika kemudian terasa pula seperti sesuatu memanjat belakang kemejanya. Zaid menepis belakang kemejanya kerana sangkanya ada rakan-rakan yang hendak mengusik beliau. Tiba-tiba Zaid nampak sesuatu terbang melintasi beliau. Terpaku Zaid dibuatnya keana beliau kenal sangat serangga yang terbang tadi. Tidak lain dan tidak bukan lipas yang terbang sebentar tadi.

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

Sejak kecil lagi memang Zaid geli dengan lipas. Jika diletakkan singa dan lipas di dalam satu kurungan bersama, Zaid pasti lebih rela berpelukan dengan singa berbanding dikerumuni sang lipas. Walaupun Zaid mampu bergelak ketawa jika menonton rancangan kartun yang mempunyai watak lipas, namun jika lipas sebenar yang diletkkan di hadapannya Zaid tidak mampu tertawa lagi. Pernah sekali Zaid disuruh membawa lipas ke sekolah untuk sunjek Sains. Tetapi Zaid pandai berhelah dengan membawa telur lipas!!


* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

Perasaan Zaid semakin tidak keruan. Mengapa lipas tersebut memilih untuk menyerangnya di pejabat tapi bukan di rumah. Jika di rumah pasti mudah untuk Zaid menyelesaikan masalah ini. Dengan semburan racun seangga atau segulung majalah maskulin kegemaranya, sang lipas pasti akan tamat riwayatnya memandangkan Zaid memang tidak berbelah kasihan dengan serangga tersebut. zaid cuba berundur perlahan-lahan ke pintu keluar namun pergerakan lipas yang kadang-kadang terbang membataskan Zaid yang lebih banyak terkaku. Lisa yang sejak tadi memandang Zaid berasa meluat melihat kelakuannya. Ada rasa geli hati di hujung sudut hatinya. Sedangkan Lisa ytidak berasa takut dengan lipas, sepatutnya Zaid mestilah lebih berani. Tiba-tiba sang lipas mengibaskan sayapnya menrpa Zaid. Tambah takut Zaid namun masih tergamam dan diam membatu. Seraya seorang pemain besbol profesional Lisa memukul lipas 'durjana' itu. Sudah terlalu lama dia melihat kelakuan Zaid.

Seri satu sama

Lisa mengakhiri tindakannya itu.

Tamat bab sembilan

Saturday, August 15, 2009

kau selalu di hatiku (bab lapan)

Setiap hari menjelang jam lapan malam pasti Datuk Zakaria mengurungkan diri di dalam bilik bacaan. Beliau tidak mahu diganggu sesiapapun hatta Datin June sekalipun. Oleh kerana itu juga Datuk zakaria mempercepat waktu makan malam iaitu pada jam enam petang. Mengikut tradisi masyarakat cina katanya. Walau apapun alasan yang diberikan namun Datin June tahu sebab utama jadual di dalam rumah itu berubah. Hampir setiap kali Datin June cuba mengintai perbuatan suaminya. Walaupun gagal setiap kali namun Datin June berjaya juga menjumpai rakaman rancangan Berita Utama sejak pertama kali Zaid menjadi pembaca berita. Begitu kasih Datuk Zakaria kepada anak tunggalnya itu. Mungkin juga terbit rasa sesal dalam hatinya, tetapi ego lelaki membuat Datuk Zakaria lebih senang berdiam diri.

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

Hari ini nekad Datin June untuk 'menangkap' suaminya di dalam bilik bacaan. Perbuatannya harus didedahkan. Pembongkaran hari ini mungkin dapat mengubah pendirian Datuk Zakaria sekaligus membawa pulang Zaid ke dalam rumah yang sunyi kebelakangan ini. Datin June tahu sebenarnya suaminya berhajat untuk mewariskan perniagaannya kepada Zaid memandangkan dia satu-satunya anak pasanagan itu. Cuma tindakan Zaid memilih kerjaya sebagai pembaca berita membuat Datuk Zakaria merasa amat terkilan. Datin June berasa agak tidak wajar Datuk menghalau Zaid sedang mereka boleh berbincang antara anak dan bapa. Jika malu di rumah mungkin mereka boleh duduk di kedai mamak sambil menghirup teh tarik yang menjadi kegemaran mereka.

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

Sesekali Zaid terasa rindu juga apabila teringatkan keluarganya. Tambahan pula kenangan antara beliau dan Dato Zakaria. Kadang-kala bagi mengubati kerinduannya itu Zaid menatap wajah mereka pada gambar yang beliau bawa sebelum keluar dari rumah besar itu. meninggalkan segala memori suka duka hanya kerana beliau memilih jalan yang berbeza berbanding yang sudah dibina untuknya, menjadi pewaris kepada empayar perniagaan Datuk Zakaria. Bukannya Zaid tidak berminat, cuma beliau mahu hidup secara bersederhana, berdikari dan menikmati hidupnya sebelum bakal terikat kepada komitmen yang tiada sudahnya. Tetapi Zaid terlebih dahulu mewarisi sikap ego daripada Datuk Zakaria.

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

Bamm!! Pintu bilik bacaan dibuka secara pantas. Datuk Zakaria terkaku di atas kerusi malasnya. Sambil memakai 'headphone' demi menyembunyikan perbuatannya, Datuk Zakaria tiada lagi ruang untuk bersembunyi. Terkejut Datin June melihat Datuk Zakaria membawa sekali bertih jagung dan air berkarbonat sejuk di dalam bilik. Tak sangka beliau begitu taksub menonton anaknya membaca berita sehingga begitu sekali. Umpama menonoton wayang pula aksi Datuk Zakaria. Puas didesak namun Datuk Zakaria tidak mahu mengakui perbuatannya. Malah jawapan yang diberikan sangat mengejutkan.

Awak ni sibuklah. Saya nak tengok Lisa baca berita pun susah.

Tamat bab lapan

Monday, August 10, 2009

bisik di telingaku

Berkali-kali aku berkata
Aku akan berbisik jua suatu ketika
Bila tiba masa untuk aku bersuara
Supaya aku tidak lagi kecewa

Pernah dahulu dia berbisik
Mungkin aku lupa ketika itu wahai adik
Kerana aku hanya tahu memekik
Tak kira masa dan jua detik

Dia kurnia aku terima
Ketika aku berbisik laungan bergema
Hari esok aku pasti tak sama
Sebab aku mula mendengar irama

Sekian lamanya bisikan mereka menyapaku
Longlai aku hanya terpaku
Bukan tak mahu tetapi sudah tibanya waktu
Aku berlangkah meniggalkan kamu
Aku cuma berharap.... Bisik di telingaku

Monday, August 3, 2009

nak simpan satu (bab tujuh)

Terima kasih dan selamat menonton rancangan terbaik dari kami.

Kata-kata akhir sebelum Zaid menamatkan edisi berita untuk malam itu. Akhirnya selesai tugasan pertama untuk Zaid dan Lisa. Walaupun agak gugup Lisa sebentar tadi, namun segala-galanya berjalan lancar. Semuanya kerana kata-kata Zaid yang dianggap sebagai peransang bagi Lisa. Kalau tak kerana Zaid yang membela Lisa sudah tentu Lisa akan berasa semakin tertekan. Lantas Lisa bercadang untuk mempelawa Zaid makan malam sebagai tanda terima kasih. Juga sebagai meraikan tugasan pertama mereka yang berjalan dengan baik.

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

Zaid tidak menyangka Lisa berani mengajaknya makan malam sekali. Mungkin Lisa teralalu naif, masih tidak sedar Zaid tak kuasa melayannya. Zaid tidak berminat dengan pelawaan Lisa. Bagi Zaid, tak perlulah Lisa rasa terhutang budi dengan tindakan beliau sebentar tadi. Buakn Zaid terlalu serius cuma mungkin emosi yang ditunjukkan olehnya membuat Lisa rasa teraharu.

Macam budak kecil

Keluh hati Zaid. Tanpa menoleh kebelakang Zaid menuju ke mejanya sebelum berangkat pulang. Lisa yang kehampaan juga mahu terus berangkat pulang ke rumah. Tiba-tiba Mary datang mendapatkan Lisa. Beliau menyampaikan bahawa ada jejaka hendak berjumpa dengan Lisa. Zaid terdengar perbualan Lisa dan Mary namun tidak mengendahkan merekan kerana itu bukan urusan beliau.

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

Jejaka misteri itu memgang jambangan bunga. Besar juga jambangan yang di bawa olehnya. Zaid berjalan melepasi jejaka itu. Zaid tidak menyapa jejaka itu cuma hanya menjeling seketika melihat kelakuan pelik jejaka itu.

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

Lisa terperanjat melihat jejaka yang hendak menemuinya. Sangat pelik. Dengan berpakaian serba merah dan sejambak bunga mawar ditangannya menarik perhatian sesiapa sahaja yang melihatnya. Oleh kerana ingin tahu maka Lisa berani mendekati jejaka itu. Tiba-tiba jejaka itu berlutut dan seraya itu juga hidung Lisa menangkap satu bau yang kurang enak. Jejaka itu bersuara,

Lisa kerana kau aku tak lena tidur, selera makanku bertambah, mandi jarang sekali. Setiap detik aku teringatkan kau.

Sambil membuka kaca mata hitam demi untuk menunjukkan kepda Lisa akan matanya yang membengkak kerana tak cukup tidur. Patutlah jejaka itu berbau tengik. Rupa-rupanya gara-gara tidak mandi. Lisa hairan mengapa jejaka itu tidak menyembur dahulu haruman badan sebelum datang menemuinya. Tiba-tiba jejaka itu menyetap tangan Lisa.

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

Kecoh betul suasana di Lobi kerana pergelutan Lisa dan jejaka misteri tadi. Sebenarnya beliau adalah 'secret admire' Lisa. Sudah lama beliau memendam rasa terhadap Lisa. Hari ini akibat tidak tertanggung lagi rasa itu, beliau datang menemui Lisa. Tambahan pula hari ini adalah Hari Kekasih. Kerana cemburu melihat pasangan lain maka itu hati seolah dilanda taufan. Kerja gila! Dua orang pengawal keselamatan tumabang kerana hendak menyelamatkan Lisa. Jejaka itu benar-benar kuat seperti Badang. Elok juga jika beliau bekerja sebagai pemabalak. Seperti tiada siapa lagi dapat menyelamatkan Lisa, jejaka itu mengheret Lisa terus menuju ke pintu keluar. Namun sebelum sempat melangkah keluar, tiba-tiba jejaka itu rebah. Zaid seperti adiwira pujaan dunia muncul entah dari mana menyelamatkan Lisa. Zaid menarik Lisa bangun dan terus melangkah pergi sejurus itu.

Tamat bab tujuh

Wednesday, July 29, 2009

busy body (bab enam)

Kecoh betul di pejabat. Hampir semua orang tahu tentang kejadian di pusat beli-belah antara Zaid dan Lisa. Terkumat-kamit mulut staf-staf bergosip antara satu sama lain. Kadang-kadang ada juga yang tergelak hingga terbit air mata. Zaid nampak tenang melihat telatah orang berbicara tentang dirinya, tetapi di dalam hatinya membara api kemarahan. Pasti sumua ini angkara Mary, kawan baik Lisa. Makhluk seperti Mary boleh diibaratkan seperti internet 'broadband'. Mungkin kerana jawatannya sebagai wartawan membuatkan beliau sudah sebati membuat liputan secara langsung ataupun siaran tertunda. Mary tidak takut dikecam kerana sikapnya itu kerana dakwanya beliau telah menginsurankan mulut beliau yang halus mulus itu.

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

Memang kau jejaka idaman Malaya

Roy menyindir Zaid. Dicurahan lagi minyak ke atas api yang sedang marak menyala. Bergetar tubuh Zaid namun ditahan juga. Nampaknya Roy seangkatan dengan Mary mempersendakan beliau. Sejak dari pagi Zaid merah padam mukanya. Hendak marah ditahan, namun jika ditahan merana pula. ASkhirnya Zaid cuba untuk melepaskan kemarahannya kepada Lisa. Seluruh pelosok ruang studio Zaid mencari Lisa kerana beliau tidak nampak Lisa di mejanya sejak pagi lagi.

Mana pula Minah senget ni? Main sorok-sorok pula.

Fikir Zaid yang bingung kerana kehilangan Lisa. Zaid terus mencari Lisa.

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

Lisa ada di belakang blok!

Terang pengawal yang menyedari zaid mencari Lisa sejak tai lagi. Puas hati Zaid kerana setelah lama terpendam akhirnya dapat juga beliau melepaskan kemarahannya. Kelihatan Lisa duduk keseorangan membelakangi Zaid.

Hey kamu Minah Senget!

Terjah Zaid memandangkan jarak Zaid yang agak jauh dari Lisa. Namun tiada jawapan melainkan isyarat tangan menyuruh Zaid beredar. Geram dengan tindakan Lisa, Zaid segera menuju ke arah Lisa. Sejurus tiba Zaid lihat Lisa hanya membatu. Tanpa membuang masa Zaid melontarkan kemarahannya kepada Lisa namun Lisa tidak membalas sebaliknya diam seribu bahasa. Zaid bingung lantas mengambil keputusan untuk meniggalkan Lisa. Baru selangkah Zaid bertapak Lisa tiba-tiba bersuara,

Saya takut......

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

Zaid menoleh kerana terkejut dengan jawapan Lisa. Mengapa perlu takut? Apa kaitan dengan kemarahan Zaid? Penuh persoalan di fikiran Zaid namun Zaid masih berlagak tenang.

Kenapa?

Balas Zaid. Zaid tak kuasa nak bertanya dengan panjang lebar. Lisa semakin berani bercerita.

Saya takut tugasan pertama saya tak seperti yang saya harapkan. Saya juga pertama kali seperti awak!

Pertama kali? Zaid terperanjat dengan penjelasan Lisa. Fikirnya Lisa lebih berpengalaman daripadanya. Sangkaan Zaid silap sekali lagi.

Lisa, walau seteruk manapun layanan saya terhadap awak, sekasar manapun tindak tanduk saya, tapi awak jangan risau. Saya akan pastikan kita jadi satu pasukan yang baik.

Zaid berlalu pergi setelah habis berkata-kata. Lagaknya seperti sang hero. Lisa tersenyum mendengar kata-kata Zaid.

Tamat bab enam

Monday, July 20, 2009

alam terasa sunyi (bab lima)

Hari ini jadual Zaid lapang berbanding kebiasaannya. Cuti sebelum beliau akan ke udara esok buat pertama kalinya. Sepanjang seminggu, beliau diorientasikan sebelum di benar bersiaran. Walau terasa penat namun Zaid akur dengan pilihannya sendiri. Zaid bersyukur kerana tidak diorientasikan sekali dengan Minah Senget, gelaran yang diberikan kepada pasangannya, Lisa. Mungkin bersifat terlalu peribadi, tetapi itulah hakikatnya untuk wanita-wanita yang cuba mendekati Zaid. Bukan sahaja gagal menambat hatinya bahkan terpaksa pula menerima nama baru yang kurang enak. Antara nama yang paling popular diberikan oleh Zaid adalah 'Straight Cut', Hantu Jarang, Janda Tua, Kaki Busuk dan pelbagai lagi gelaran yang bisa menaikkkan tekanan darah orang yang mendapatnya. Zaid sangka Lisa tidak tau akan gelaran yang diberikan kepadanya itu. Zaid silap membuat perhitungan.

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

Bedebah punya Hantu Galah! Dia ingat aku boleh berdiam diri dengan 'title' aku tu?

Lisa mengomel sendirian. Sejak seminggu yang lalu Lisa seolah diserang penyakit darah tinggi. Tak senang duduk dia memikirkan karenah Zaid yang tidak beliau fahami. Pada mulanya beliau tidak mengendahkan perkara yang remeh ini. Memandangkan mereka akan bergandingan untuk entah beberapa ketika, hati Lisa selalu menyala api kemarahan. Jika diperhatikan secara teliti, mungkin logik juga jika ada asap yang keluar dari telinga Lisa. Esok jadi penentu sikap profesional yang harus mereka tonjolkan. Lisa memang sentiasa profesional cuma kali ini beliau merasakan sedikit kelainan. Mungkin set akan menjadi haru-biru. Mungkin juga krew-krew terpaksa membina tembok supaya Lisa tidak perlu melihat Zaid yang di sebelahnya. Lisa pernah adukan hal ini kepada Ketua Jabatan. Namun jawpannya negatif. Lisa disuruh bersabar dan terus bersabar sepanjang tempoh itu nanti.

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

Sekarang ambil duit ni dan tolong beli hadiah untuk Ketua Jabatan

Pinta rakan setugas Zaid sempena ulang tahun kelahiran ketua Jabtannya. Zaid memang tidak kisah pada mulanya, cuma ayat yang kemudiannya membuat Zaid tidak senang.

Kejap lagi Lisa sampai. Korang pergilah sama-sama.

Kenapa mesti Lisa yang harus menemaninya. Jika tidak kerana Roy di jabatan lain, pasti Zaid akan mengajak Roy. Lisa tiba dengan lagak yang biasa kerana cuba mengawal perasaannya yang sedang menggelegak.

Isk wanginya Minah Senget nih. Buat apa pakai wangi-wangi?

Zaid hampir memuji Lisa namun beliau segera sedar dari lamunan. Maka mereka pun segera ke kompleks beli-belah yang letaknya berdekatan dengan tempat kerja mereka. Jadi tak perlulah berkereta. Cuma berjalan kaki pun sudah cukup. Mereka nampak sepadan apabila berjalan bersama. Zaid berjalan pantas di hadapan manakala Lisa terkedek-kedek di belakang. Maklumlah Lisa bersepatu tinggi manakala Zaid lebih selesa berkasut 'sneakers'. Di sudut hatinya masih ada sedikit simpati melihat Lisa. Oleh kerana itu Zaid masih mengekalkan rentak beliau berjalan.

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

Memang susah membuat pilihan jika teman yang dibawa itu bernama perempuan. Sudah puas mengelilingi pusat beli-belah itu, belum ada satu pun yang mereka beli. Jika Zaid memilih pasti Lisa akan membangkang dan begitulah sebaliknya. Akhirnya Zaid akur dan membiarkan sahaja Lisa memilih sedang beliau lebih tertarik untuk menyaksikan persembahan di pentas utama ruang legar pusat itu.

Saya sudah beli. Tolong pegang hadiah ni. Saya nak ke bilik air.

Suara itu mematikan lamunan Zaid kerana tekaknya terasa loya setiap kali mendengar suara Lisa. Kerana itulah jua Zaid mengalah kerana acapkali tekaknya kembang kuncup. Bimbang terhambur pula isi perutnya ke sekalian barang di dalam toko hadiah yang disinggahinya.

Baik juga Minah Senget ni beredar. Aman sikit dunia ni.

Getir hati Zaid. Zaid melihat sahaja Lisa yang kelihatan kelam-kabut berjalan ke bilik air. Dibiarkan sahaja Minah Senget yang paling senget pada pandangannya itu. Selang liam minit telefon bimbit Zaid berdering.

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

Macam mana boleh lupa bahawa hari ini sudah tercatat di dalam kalendar. Hari-hari kaum wanita 'bercuti' ataupun lebih mudah iaitu 'period'. Malang sungguh kerana Lisa terlupa pula membawa tuala wanita di dalam beg tangannya. Terpaksalah beliau menghubungi jejaka berstatus hantu di luar sana untuk menolongnya.

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

Kenapa!!!

Zaid bagai tidak percaya perkara sebegini terjadi hari ini dan beliau adalah mangsa yang paling ideal. Zaid makin tak keruan memikirkan terpaksa membeli keprluan wanita itu. Beliau tidak pernah melakukannya sebelum ini. Pada mulanya ditengkingnya Lisa kerana menyangka Lisa mempermainkannya. Namun setelah terdengar suara seakan tangisan di hujung talian, Zaid jadi sedikit sayu. Senjata perempuan selalu menang dalm situasi begini. Zaid beranikan juga untuk membeli buat pertama kalinya, tuala wanita. Walaupun Zaid tahu apakah itu tuala wanita, namun Zaid keliru kerana iklan pelbagai jenis jenama yang ada di pasaran tidak menerangkan secara terperinci tentang fungsinya. Hanya kaum wanita yang mengerti. Zaid mencapai apa yang mampu di capainya lalu membayar harga untuk 'benda' tersebut.

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

Lisa menerima bungkusan yang dikirim zaid melalui seorang perempuan yang lewat usia kerana lelaki walau apa jua statusnya tidak boleh memasuki bilik air perempuan bukan? Lisa akhirnya keluar setelah segala-galanya selesai. Walaubagaimanapun Lisa malu untuk bersuara. Apatah lagi untuk memandang wajah Zaid. Hanya ucapan terima kasih yang mampu diberikan, itupun melalui kiriman SMS.

Tamat bab lima

Monday, July 13, 2009

sorry gurlz (bab empat)

Lambat hari pertama bukan sikap yang patut dicontohi. Walaubaimanapun Zaid masih mendapat peluang dan kemaafan dari Ketua Jabatan. Setelah dibawa pusing-pusing di dalam kawasan pejabat yang bakal Zaid berkhidmat, tibalah masa Zaid akan diperkenalkan dengan pasangan pembaca berita yang akan bergandingan dengannya nanti. difahamkan bahawa 'duo'nya itu berada di dalam bilik mestuarat menanti ketibaan zaid. sepanjang 'orientasi' beliau, sepatah perkataan pun tidak keluar dari mulut Ketua Jabatan tentang identiti pembaca yang seorang lagi itu. Zaid mengadaikan bahwa dia itu seorang yang berpengalamn dan tersangat luas pandangannya serta pengetahuannya. Zaid tidak mahu lagi memikirkan dan terus berteka-teki. Takut nanti semak kepalanya yang sedia berserabut itu. agaknya dah bersawang kepala otaknya dengan sarang labah-labah!

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

Pintu bilik mesyuarat dibuka. Kelihatan seseorang sedang menuggu di dalam. Seorang gadis yang manis bergaya cuma kurang beberapa peratus untuk dinobatkan sebagai perempuan melayu terakhir memandangkan rambutnya persis mat saleh kerana sudah diwarnakan.

Mungkin setiausaha agaknya

Fikir Zaid. Lantas beliau terasa ringan mulut untuk bertanya siapa agaknya gerangan pasngannya nanti.

Perkenalkan Lisa. Dia akan bergandingan dengan awak sebagai pembaca berita.

Terang Ketua Jabatan Zaid. Seraya itu zaid jadi gamam lalu gumam sendirian. Masakan Zaid akan bergandingan dengan perempuan. Sekian lamanya dia menjauhi kaum hawa. walaupun zaid selalu dipelawa untuk berpacaran dengan gadis-gadis yang boleh tahan 'garing' juga. Namun Zaid keras hati dan menolak mereka. Zaid bukanlah menyukai makhluk yang sejenis dengannya, cuma dia tidak terbuka hati untuk menerima perempuan, malahna tidak pernah mesra dengan mereka. Untunglah Datin June ibu kepada Zaid. Jika tidak pasti dia juga akan senasib dengan perempuan-perempuan yang lain.

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

Tak boleh tukar ke Tuan?

Rayu Zaid untuk menukarkan gandingannya kepada lelaki. Agaknya Zaid masih tidak sedar bahawa beliau baru sehari walaupun secara teknikalnya tak sampai 24 jam lagi beliau di situ.
Mungkin juga Zaid tidak mengerti bahawa sudah menjadi polisi syarikat itu iaitu menampilkan seorang pembaca lelaki dan seorang pembaca perempuan. Transeksual tidak tergolong dalam kuota yang sudah ditetapkan. Apabila Zaid cuba memecahkan tradisi pastilah nanti akan menurunkan 'rating' kerana pemabaca berita juga menjadi faktor untuk masyarakat memilih saluran yang menarik. setuju atau tidak Zaid akur dengan keputusan itu. Sudah terbayang dalam fikirannya pasti sukar untuk mereka bekerjasama kelak.

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

Lisa tidak faham dengan situasi Zaid, cuba untuk mententeramkan perasaannya. Entah mengapa lelaki kacak seperti Zaid begitu benci kepadanya seolah-olah Lisa menjadi wakil persatuan perempuan pula. Sedikit sebanyak ada juga terdetik bahawa Zaid menyukai kaum lelaki sahaja. terasa meremang bulu roma Lisa memikirkan Zaid bercampur lucu. Harapan Lisa agar tidaklah nanti timbul masalah antara mereka. Jika tidak terpaksalah mereka bertegang urat kelak. Silap-silap Zaid terpaksa mendaftar di unit rawatan rapi akibat dibelasah Lisa, pemegang tali pi9nggang kuning karate-do, iaitu peringkat kedua dalam tahap penguasaan tali pinggang seni mempertahankan diri yang berasal dari Jepun itu.

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

Zaid tidak keruan lagi. Segala-galanya bagaikan tak menjadi. Bumi ini dirasakan bagaikan seolah-olah berputar diluar orbitnya. Tersentak dari lamunan Zaid bergegas ke meja Lisa. Hatinya membuak-buak ingin memberi amaran kepada Lisa. Hubungan mereka cuma sekadar pasangan pembaca berita jadi tidak perlulah mereka bergaul mesra di luar. Tiba shaja di meja Lisa, Zaid jadi kelu. penakut dalam berani rupanya. Tiada sepatah pun yang keluar dari mulut Zaid. Lisa bingung dengan kelakuan zaid yang sedari tadi ganjil.

Mintak penumbuk ke mamat ni. Muka hensem tapi bisu.

Tanya Lisa di dalam hati. Zaid yang termalu dengan tindakannya berpatah balik ke mejanya semula. Selang lima minit kemudian Zaid cuba mengulangi tindakannya dan perkara yang sama berulang. Sekali lagi akibat malu Zaid berpatah semula. Beberapa kali juga aksi yang sama terjadi dan akhirnya Zaid putus asa dan membiarkan sahaja Lisa dan dunianya. Apakah Lisa punya aura yang bisa bikin lelaki tunduk kepada? Zaid tidak tergolong dalam golongan itu. Biarlah lelaki yang lain menjadi mangsa Lisa, tetapi tidak Zaid kerana beliau berpegang kepada prinsip beliau. Zaid tidak akan tertarik kepada perempuan.

Tamat bab empat