Sunday, February 28, 2010

dengan rendah hati (bab satu)

Ameer Asyraf, hari sudah siang nak!

Menggigil! Memang sejuk mandi di telaga pagi-pagi begini. Amat syahdu walau untuk menyentuh setitis air. Tambahan pula malam tadi hujan turun dengan lebat. Aku bukan seperti kambing yang takutkan air. Tetapi jika beginilah keadaanya. Aku lebih rela menangguhkan hajatku untuk mandi tengah hari nanti. Mandi atau tidak bukan ada yang akan perasan nanti. Cukuplah sekadar membasuh muka dan membasahkan sedikit rambutku. Siap!!

Belikan nasi lemak depan warung Haji Din ye Ameer.

Seluruh kampung tahu betapa sedap nasi lemak depan warung Haji Din. Dari kecil hingga sekarang, jika aku punya peluang pasti aku akan ke situ. Air tangan Mak Wan bukan calang-calang. Selain ibuku, masakan Mak Wan juga menjadi kegemaranku. Cuma ada satu lagi sebab mengapa aku tidak menolak jika ibu mahu aku membeli nasi lemak di situ.


* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *


Abang Ameer sudah lama balik?

Setiap kali pulang ke kampung perasaan rindu memanggil aku ke gerai kecil mereka di hadapan Warung Haji Din. Mak Wan seorang ibu tunggal yang membesarkan satu-satunya anak hasil perkongsian hidupnya dengan arwah Pak Kasim. Nasib baik Haji Din membenarkan Mak Wan berniaga nasi lemak di hadapan warungnya sejak Pak Kasim meninggal dunia.

Nah, Fatin belanja abang sebungkus lagi nasi lemak. Inipun entah cukup entah tidak.

Fatin tergelak kecil. Gembiranya hanya Tuhan sahaja yang tahu. Agaknya Fatin tahu aku gemar nasi lemak di sini. Nombor satu dalam dunia! Sudah lama aku tidak pulang ke kampung. Fatin sudah semakin cantik. Patutlah setiap kali Fatin memanggil namaku, aku rasakan bagai ada panahan elektrik yang merenjat tubuh badanku.


* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *


Baik pula hati Fatin mahu menemani aku pulang. Lama tak jumpa agaknya.

Fatin tahu abang belum mandi bukan?

Aduh. Malunya aku. Bagaimana Fatin boleh tahu? Sudah aku sisir rapi rambutku agar dapat aku tunjukkan seolah-olah aku sudah menyiram air membasahi tubuhku. Pewangi badan pula sudah aku sembur dari hujung rambut rambut hingga hujung kaki.

Fatin kenal abang dah lama. Abang tak boleh tipu Fatin.

Sekali lagi Fatin tergelak kecil. Ketika itulah juga aku mahu membalas kenyataan Fatin tadi. Sepatutnya masa-masa begini harus dimanfaatkan sebaiknya. Berbual dan bergurau senda. Tetapi aku hanya mampu tersenyum tersipu-sipu. Aku sedar akan kekuranganku ini benar-benar membataskan pergaulan aku. Aku disahkan bisu oleh doktor setelah menghidap demam panas yang teruk 15 tahun dahulu.

Abang esok datang ke warung ye. Fatin nak tunjuk sesuatu.

Walaupun aku punya kekurangan, tetapi Fatin melayan aku seperti orang yang normal. Hanya dia sahaja teman aku yang paling rapat di kampung ini. Bersama Fatin buat aku rasa istimewa.

Tamat bab satu.

5 comments:

  1. Hebat!Banyak idea betul lah booduck..Bab 1 pun sudah menarik. Tak cuba untuk novelkan saja karya-karya anda?

    CCZ masih di bab 1 novel apa dia tajuk pun tak letak lagi. Ni yang susah kalau menulis ikut mood..

    ReplyDelete
  2. saya rasa saya belum sampai tahap tu kak.
    banyak lagi kene blajar.
    bahasa pun kene betulkan jugak.
    :)

    ReplyDelete
  3. kamu mempunyai bakat yg besar...
    :0

    ReplyDelete
  4. Salam booduck..teratak kisah telah ditukarkan kepada http://bicarajiwa.ning.com/..tq

    ReplyDelete
  5. squared : terima kasih. minta pendapat klu ade yg terkurang ye

    ccz : saya sudah tgk blog baru akak. mari kita teruskan perjuangan kita kak.

    ReplyDelete