Wednesday, February 10, 2010

terima kasih (bab tiga belas)

Mereka nampak bahagia. Hakim dan Athirah keduanya memang kelihatan gembira disamping masing-masing. Semua ini akhirnya berlaku di hadapan mata aku. Setelah kejdian tempoh hari aku tidak dapat mengingat kembali segala kejaian. Lama benarkah aku membiarkan mereka bermain dengan perasaan mereka? Adakah selama ini aku menjadi penghalang antara mereka? Sejak bila ula mereka menyulam rasa cinta? Semakin banyak persoalan yang timbul. Semakin aku rasa tertekan. Sakit! Di sini sana rasa sakit.

Athirah!!!

Aku rasa asing. Tubuh aku lemah tak berdaya. Di hadapan aku bukan lagi Athirah dan Hakim bermain-main di tepi pantai. Papa, Mama ada di sisiku. Ibu bapa Athirah juga ada di sini. Aku terbaring di atas katil di hospital. Entah berapa lama aku tidak sedarkan diri.

Danial sudah sedar.

Aku terdengar ibu Athirah menghubungi seseorang. Tetapi aku tak pasti siapa di hujung talian. Kepala aku yang berbalut terasa amat sakit. Papa dan Mama memeluk aku dengan erat. Bagai sudah lama tidak ketemu. Aku masih terasa tidak berdaya untuk membalas pelukan mereka. Aku sekadar membiarkan sahaja mama yang tidak putus-putus mencium aku sambil air matanya mengalir. Bukan mama seorang sahaj yang teresak-esak, ibu Athirah juga begitu.

Tahniah. Danial sudah sedar dari koma.

Doktor memberitahu Papa sebaik sahaja selesai memeriksa aku. Koma? Sudah berapa lama aku koma? Mata aku masih tercari-cari Athirah sejak tadi. Tidak pula kelihatan Athirah di sisi aku. Mungkinkah Athirah sudah bersama Hakim? Air mataku sedikit tumpah ke bumi. Hanya itu yang mampu aku lakukan kerana kuderatku tidak membenarkan aku untuk berkata-kata. Sedang dalam hati aku menjerit-jerit memanggil Athirah.


* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *


Danial akhirnya kau sedar.

Rupa-rupanya Kay berada di dalam bilik ini selama ini. Aku sangkakan selepas kemalangan, Kay sudah meninggalkan aku. Koma dalam tempoh setahun benar-benar satu tempoh yang lama. Aku hanya mampu memandang Kay dan Nazira walaupun ebenarnya aku sangat terkejut etelah diberitahu aku terbaring di atas katil ini selama setahun.

Bagaimana keadaan Athirah agaknya.

Aku bertanya di dalam hati. Aku benar-benar rinu padanya. Fikiranku tak henti-henti memutarkan detik-detik dahulu. Betapa aku ingin menatap matanya.

Jangan bimbang Danial. Segala-galanya baik.

Baik? Apa maksudnya? Aku seakan terlupa yang Dewa Dewi Cinta ini boleh membaca fikiranku ketika mereka menjawab soalanku. Petanda baik. Aku masih boleh berkomunikasi.

Danial jangan banyak berfikir. Banyakkan berehat.


* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *


Sebaik membuka mata, ada seorang gadis sedang sibuk menyiapkan makanan tengah hari untukku. Aku tidak dapat melihat wajahnya kerana dia membelakangi aku. Siapa gerangannya, kerana yang pasti dia bukanlah jururawat disini.

Awak sudah bangun? Mari makan tengah hari.

Siapa pula gerangan gadis ini. Aku langsung tidak apat mengingat akan dirinya. Aku mahu bertanya namanya. Mulut aku bagai terkunci untuk berkata-kata. Aku langsung menunggu untuk disuapkan makanan.

Perlahan-lahan ya. Syukurlah akhirnya awak sudah sedar. Lama sudah mereka menantikan awak.

Dia menyuapkan makanan dengan penuh kasih sayang. Kami seolah sudah lama berkenalan. Sayangnya aku masih gagal mengingat akan dirinya. Cuma ada sesuatu yang menarik hatiku.

Athirah?

Lemah. Aku tak pasti samada Athirah dengar aku menyebut namanya tadi. Sesuatu yang menggamit memoriku. Bauan yang dipakainya masih dapat aku ingat hingga kini. Memang aku pasti. Tiada keraguan di hatiku. Menagapa lain benar parasnya berbanding setahun yang lalu. Athirah kelihatan susut berat badan. Tiada lagi Athirah yang gempal atau segala macam gelaran yang tidak elok pernah aku berikan dahulu.

Awak sambunglah berehat. Nanti saya akan datang lagi.

Aku mahu menahan Athirah daripada berlalu pergi. Aku belum puas. Pertemuan yang singkat ini benar-benar menyeksa aku. Athirah masih lagi seperti dahulu. Sebelum berlalu pergi dia sempat mencium tanganku.


* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *


Seminggu sejak aku mula sedarkan diri aku sudah semakin lincah menggerakkan tubuh badanku. Aku sudah tidak perlu dibantu oleh jururawat yang menjagaku. Aku tidak perlu dimanjakan.

Kay, pukul berapa Athirah tiba?

Setiap kali aku pasti bertanya tentang Athirah. Aku benar-benar rasa terkurung disini. Aku sebenarnya ingin benar pulang ke rumah. Bersama-sama Athirah. Tempatku adalah disisinya. Memikirkan nasihat Kay supaya aku kekal di sini, aku akur. Aku tidak mahu koma lagi.

Tamat bab tiga belas

2 comments: