Monday, February 15, 2010

penyatuan dan perpisahan (bab akhir)

Awak boleh pulang Danial.

Lega hatiku mendengar kata-kata doktor. Sekian lamanya aku nantikan. Sudah sekian lamanya juga aku membiarkan Athirah sendirian di rumah. Debaran hati makin memuncak. Perasaan rindu membuak-buak. Hari ini Athirah tidak datang ke hospital. Aku menyuruh dia menunggu aku di rumah. Rasanya tak perlulah aku susahkan Athirah datang ke sini.

Kay, nanti kita singgah di kedai bunga ya?

Lama sudah aku tidak menghadiahkan bunga kepada Athirah. Kay sudah bersiap-siap mahu menemani aku pulang.

Marilah Danial


* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *


Athirah menanti aku di muka pintu. Jelas dia juga rindu padaku.

Danial. Kini semuanya terserah pada kau. Tugas kami sudah selesai.


Kay menahan aku ketika aku baru sahaja memijak halaman rumahku. Apakah ini adalah detik aku berpisah dengan Kay dan Nazira. Aku rasa bagai semuanya terlalu awal. Benarkah tugas mereka sudah tamat?

Sampai di sini sahaja Danial. Awak perlu memikul segala tanggungjawab mulai sekarang.


Adakah aku sudah bersedia dilepaskan. Tanggungjawab yang aku perlu pikul kini bukan kecil. Tetapi sangat besar. Aku keliru seketika. Perlukah aku menahan Kay dan Nazira. Atau aku perlu mengucapkan selamat tinggal pada mereka.

Jangan bimbang Danial. Kau istimewa. Setiap masalah pasti ada jalan. Jangan terburu-buru.

Tanda-tanda mereka akan meninggalkan aku sudah jelas. Tiada gunanya aku memujuk mereka untuk tinggal di sini. Aku harus menerima takdir ini. Kehadiran mereka walaupun seketika dalam hidup aku perlu aku hargai.

Selamat memikul tanggungjawab sebagai suami, Danial. Selamat tinggal.

Selamat tinggal Kay, Nazira. Kalian banyak membantu aku. Terima kasih.


Hanya ucapan itu mampu aku lafazkan. Tidak terbalas oleh harta benda segala jasa mereka. Aku benar-benar menghargai setiap yang mereka lakukan. Semakin lama semakin Dewa dan Dewi Cinta kabur dari pandangan.


* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *


Awak melambai pada siapa?


Athirah mengejutkan aku. Malangnya Athirah tidak dapat melihat pasangan Dewa dan Dewi Cinta itu. Aku terpaksa memberi alasan kononnya menghalau lalat. Jika tidak pasti Athirah akan menganggap aku gila. Siapa yang dapat menerima andai aku katakan Dewa Cinta itu wujud.


Mari kita masuk. Di luar ini banyak lalat sayang.


Sayang? Sekalipun aku tidak pernah memanggil Athirah dengan panggilan sayang dahulu. Malu pada isteri sendiri adalah tidak masuk akal sama sekali. Tidak salah bukan jika aku memanggil isteriku dengan panggilan itu. Athirah cuma tersenyum sambil membimbing aku masuk ke dalam.

Awak nak minum?


Athirah masih sama. Sedikitpun tidak berubah. Masih melayan aku dengan baik.

Boleh juga.


Aku rasa tidak selesa apabila cuma Athirah yang melayan aku dengan baik sedang aku tidak berkesempatan berbuat demikian. Aku perlu bicara dengannya. Inilah masanya aku perlu meluahkan isi hatiku pada athirah. Isi hatiku yang sebenar-benarnya. Aku mendapatkan Athirah. Aku mahu dia mendengar semuanya. Inilah detiknya.

Boleh saya katakan sesuatu?

Oh, Sudah tentu. Apa dia?

Athirah memberikan kebenaran dan bersedia mendengar. Baguslah begitu. Aku juga sudah bersedia untuk berterus terang.

Saya menyesal. Selama ini saya mengabaikan awak. Selama ini saya buta. Saya memburu cinta sedang cinta ada di hadapan saya. Awaklah cinta saya. Selama tempoh saya kehilangan awak saya benar-benar rasa kosong. Walau saya cuba memenuhi kekosongan itu tetapi saya tahu. Hanya ada satu tempat sahaja. Tempat untuk awak.

Aku tidak pasti jika apa yang aku katakan keterlaluan bagi Athirah. Aku cuma mahu berterus terang. Dia isteriku. dia berhak tahu segalanya.

Benarkah awak menyayangi saya?

Athirah bersura. Ada reaksi darinya.

Sudah tentu. Saya menyayangi awak cuma...

Cuma apa?

Nampaknya Athirah benar-benar mahu penjelasan dariku.

Saya terlalu lambat bertindak untuk memberitahu awak. Saya berjanji tak akan lagi berpisah dengan awak. Saya tak boleh kehilangan awak sekali lagi.

Janji itu aku buat dalam keadaan aku sedar. Dengan sepenuh hati aku melafazkannya. Keperitan perpisahan lalu mengajar aku agar menghargai dia, isteriku yang bernama Athirah. Tempat yang aku sepatutnya curahkan kasih sayang dan tanggungjawabku sebagai suami.

Athirah, sudikah awak menerima saya kembali sebagai suami awak?

Bagai melamar Athirah sekali lagi. Kerana ini adalah perkahwinan yang di atur, aku tidak pernah melafazkan kata-kata lamaran padanya. Aku berdebar menanti jawapan dari Athirah apabila dia seakan memikirkan sesuatu. Tambah pula ketika ini Athirah memandang tepat ke mataku.


* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *


Awak adalah suami saya dan sentiasa akan jadi suami saya. Cukuplah perpisahan lalu mengajar kita erti kesusahan. Saya menerima awak seadanya wahai suamiku, Danial Kamal.

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

Terharu? Terkejut? Ya memang itu yang aku rasakan ketika ini. Athirah memberi jawapan yang aku jangka tetapi sukar untuk percaya. Betapa sucinya hati Athirah. tidak salah lagi jika dia adalah untukku. Aku dan Athirah sudah berbaik semula. Tetapi kali ini lebih istimewa. Aku dan Athirah baru mengecapi nikmat bercinta. Seperti yang di katakan oleh orang-orang terdahulu, bercinta selepas berkahwain itu indah. Kini itulah yang aku kecapi bersama Athirah.

Terima kasih dewa cinta.

Kay dan Nazira tiada di sini. Mungkin mereka kini membantu menyatukan pasangan lain yang seperti aku. Aku hingga masih tidak dapat membalas budi mereka. Cukuplah mereka tahu aku dan Athirah bahagia kini. Aku sudah berjanji kepada diriku tidak akan mengulagi kesalahan yang sama.

Sayang saya mengantuklah.

Tengah hari begini?

Aku sengaja mahu bermanja dengan isteriku. Tak salah bukan? Kisah dalam kelambu tidak perlulah aku kongsikan. Cukuplah setakat ini sahaja aku berkongsi kisah aku. Mungkin suatu hari nanti jika Dewa Cinta datang melawat kalian, bolehlah kita kongsi bersama kisah cinta kita.

Tamat Siri Dua Booduckbabsale

3 comments:

  1. Tersenyum akak baca bab ni. Memang romantis penulisnya dan kreatif ideanya. Hehehe..Wow!!

    ReplyDelete
  2. pak long : wowowowo...tahniah pak long...akhirnya tamat jgk kisah dewa cinta nih...fuh..lega..ending yg best..so..pak long bile nak buat siri 3 plak??...congrates once again...astalavista bro...

    p/s: kak ccz: akak....klau penulis booduckbabsale ni jd danial kan bagus..mesti dah kawen dah skunk nih...ahakss..hehehe

    *Ampun pak long*hahaha

    ReplyDelete
  3. terima kak ccz...
    inilah yg saya pernah katakan..
    mencabar kebolehan sndr..

    nini belum tiba masa lagi nak jd danial..
    suatu hari nanti pasti..
    sekarang?
    mungkin tidak..
    :)

    ReplyDelete